Monday 30 April 2012

TUGASAN TERAKHIR SEM. 2

Salam. Seronok rasanya kerana dalam kepayahan, kesulitan dan kekangan masa dapat juga aku dan rakan-rakan menyiapkan tugasan yang terakhir untuk Semester ke-2 iaitu penghasilan blog. Walaupun pada peringkat awalnya mahu menangis, tension, migrain dan lain-lain bercampur baur kerana kami tidak menguasai ilmu ICT dengan sebaik-baiknya. Namun, kini kami boleh tersenyum lebar dan berpuas hati dengan blog yang kami hasilkan sendiri walaupun mungkin tidak sebaik seperti blogger-blogger yang lain. Terima kasih kepada UPSI kerana tugasan ini memaksa dan mendesak kami untuk menimba ilmu ICT sedalam-dalamnya. Kerana tekanan tersebut, kami terpaksa belajar. Terima kasih sekali lagi dan Salam 1Malaysia.

Makropengajaran Bahasa Malaysia Thn 6- Video1 part 2.mp4

Thursday 26 April 2012

LUAHAN HATI DALAM KEHENINGAN PAGI

Salam. Bulan yang penuh mencabar dengan tugasan-tugasan UPSI yang harus dibereskan. Pada waktu yang sama, program Tahun 6, koakademik Bahasa Melayu di sekolah dan di daerah turut berlangsung. Rindu benar rasanya untuk tidur lena. Harap2, selepas ini aku dan rakan2 UPSI dapat membahagikan masa dengan sebaik-baiknya antara kerja, keluarga dan belajar. Teruskan semangat juang.....

Saturday 21 April 2012

JUARA PIDATO DAERAH SEREMBAN 2 (2012)



Gaya seorang juara


Menggalas tanggungjawab besar untuk mewakili
daerah Seremban 2 pula. 


Sunday 15 April 2012

Animasi Pak Abu : Bahasa Jiwa Bangsa

Gempur......di SK Taman Tuanku Jaafar 2

Murid-murid 6 Nilam tekun menjawab soalan.

Kami penyumbang besar 5A dalam UPSR.

6 Zamrud juga mengimpikan kecemerlangan

Kami optimis untuk meningkatkan Gred Purata Sekolah lagi.

Koven Raj dan rakan-rakannya mahu membuktikan dan menghadiahkan
kejayaan dalam UPSR kepada guru-guru  dan ibu bapa.

Tuesday 10 April 2012

TEKS PIDATO JUARA DAERAH SEREMBAN 2



SEMANGAT 1MALAYSIA TERAS KEJAYAAN


Sejambak kasih, seharum kasturi buat saudara/i peneraju majlis, kombinasi kehakiman yang berlandaskan neraca keadilan, guru-guru penggerak generasi berwawasan seterusnya warga dewan sekalian. Assalamualaikum wm..wbt...

Semangat 1Malaysia Teras Kejayaan. Begitulah tajuk pidato saya pada hari ini.

 Semangat bolehlah ditakrifkan sebagai perasaan dan jiwa,  1Malaysia bolehlah ditakrifkan sebagai rakyat yang berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Teras kejayaan pula bermaksud sesuatu yang menjadi asas agar berjaya untuk  kemenangan ataupun hasil yang diperoleh. Aspirasi ini adalah  untuk mewujudkan sebuah negara bangsa yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan dalam kalangan rakyat.

Warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,

            Semangat persaudaraan membawa kejayaan negara tercinta. 1Malaysia adalah lahir daripada semangat setiakawan. Walaupun berbeza asal keturunan, kepercayaan agama dan akar budaya namun rakyat Malaysia berpegang pada satu prinsip yang sama iaitu Rukun Negara.

Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People (Dengan Izin). Dalam hal ini, 1Malaysia, menuntut rakyat berfikir melepasi sempadan kaum dan etnik masing-masing.

            Hubungan kaum dan etnik dipereratkan bagi jangkamasa panjang. Kewujudan satu bangsa Malaysia membentuk sikap menghormati, ikhlas, saling mempercayai dan persaudaraan.

Buktinya RIMUP dan e-intergrasi  telah mensasarkan murid-murid dari SK, SJK(C) dan SJK(T) bersama-sama mengikuti satu program bersama. Pelaksanaan RIMUP dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan adalah untuk membina negara bangsa.

            Ideologi dengan semangat persaudaraan dalam 1Malaysia pasti menggerakkan kejayaan negara.

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Sidang intelektual sekalian,

            Meniti wasilah kedua saya dengan untaian kata, Kemajuan ekonomi dinikmati, kemakmuran negara dikecapi. 1Malaysia dapat membangunkan ekonomi negara. Pelancong dan pelabur asing mengenali rakyat Malaysia yang  berintegriti tinggi.  

            Kini, Malaysia menerokai bidang sains angkasa, bioteknologi dan teknologi nano. Menurut laporan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, Malaysia mencatatkan nilai digital 0.57 bermakna kita mendahului kemudahan akses digital dalam kalangan negara ASEAN.

            Justeru, 1Malaysia telah meningkatkan taraf ekonomi negara menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.

Hadirin yang dihormati sekalian,

            Idea terbilang terakhir saya dengan gagasan bicara, perpaduan dan semangat nasionalisme, negara aman dan sentosa. Peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 perlu dijadikan iktibar. Formula yang dicipta oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan adalah untuk perpaduan dan semangat nasionalisme.

            Kini 1Malaysia disandarkan dalam memperkukuhkan perpaduan nasional.
Negara ini adalah negara kita. Kita adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati dan dikongsi secara bersama. Segala pembangunan adalah limpahan daripada perpaduan yang diteruskan dalam 1Malaysia.

            Lihatlah apa yang berlaku pada negara-negara yang sedang bergolak seperti Mesir, Syria dan Libya. Perpaduan sudah tiada.  Kemusnahan berlaku di mana-mana. Rakyat menderita dan sengsara. Mengorbankan banyak nyawa. Sehingga melibatkan campur tangan negara luar.

Kasihan.... Jangan sampai negara kita menerima nasib seperti mereka. Kami, anak-anak pasca merdeka dahagakan keamanan untuk kesejahteraan.Saya menyeru tuan-tuan, puan-puan dan rakan-rakan sekalian berpegang pada konsep 1Malaysia agar negara ini terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

            ‘Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.’
           
Sekian, salam ilmiah menjana sahsiah.
           







Disediakan oleh,


Puan Hajah Norliza bt Sam Zakaria
SK. Taman Tuanku Jaafar 2, Seremban.
Mac 2012



Nilai murni

SAHABAT SEJATI

Monday 9 April 2012

Kemudahan ICT di sekolahku

Cikgu Hanisah di bilik BOSS

Cikgu RosNorsham di bilik kaunseling

Ustazah Huda dan Ustazah Nadzrah di bilik J-Qaf

Cikgu Zuraini di bilik guru

Guru-guru praktikum turut menikmati kemudahan ICT

Puan Maimun dan Puan Azizah sedia berkhidmat di pejabat

Cikgu-cikgu mengisi SAPS di bilik peperiksaan

Muhammad Hasif dari 6 Nilam membentang hasil
perbincangan di bilik tayang

Puan Norzaida di bilik pemulihan

Cikgu Norhayati di makmal komputer


Saturday 7 April 2012

Refleksi pdp UPSI di Kolej Mara

Saya rasa agak seronok belajar bersama rakan-rakan guru yang lain. Pensyarah-pensyarah di sini banyak membantu kami dalam menyelesaikan segala kekusutan dan kemusykilan subjek dan tugasan di dalam kelas. Setiap soalan yang kami kemukakan, dijawab oleh pensyarah2 dengan jelas dan tepat. Justeru, banyak membantu kami dalam menyiapkan segala tugasan yang hanya tinggal beberapa sahaja lagi. Saya dan rakan-rakan guru yang lain berharap agar usaha dan kesungguhan kami pada hari ini akan terus berlanjutan sehingga kami dapat menggenggam segulung ijazah. Doakan kami, agar impian kami menjadi realiti.