PERSIAPAN DIRI UNTUK
BERPIDATO
1. Harus memiliki kekuatan mental.
2. Membuat persediaan yang secukupnya sebelum berpidato.
3. Latihan yang dijalankan hendaklah
berulang-ulang. Sekurang-kurangnya 10 hingga 15 kali sehinggalah kita
faham teks tersebut dan lancar dengan
susunan ayatnya.
4. Atur pernafasan supaya dapat mengikis perasaan gugup. Gunakan
suara asli anda sendiri.
TEKNIK BERPIDATO YANG
BERKESAN
1. Berdiri tegak dan stabil di hadapan
pendengar/penonton.
2. Tenangkan diri. Beri ruang
kepada hadirin untuk memerhatikan kita.
Pastikan mereka telah bersedia untuk mendengar.
3. Satukan diri dengan teks pidato.
Jangan biarkan mulut sahaja yang berbicara. Anggota tubuh badan harus
turut serta.
4. Jangan melakukan pergerakan aneh
seperti menggaru-garu. Gerakan juga jangan berlebih-lebihan.
5. Kontak mata diperlukan semasa berpidato kerana mata
memberi sejuta makna.
6. Ekspresi wajah penting untuk
menyampaikan emosi terutama dengan senyuman.
7. Penampilan diri penting terutama cara
berpakaian.
8. Intonasi, sebutan dan nada suara
haruslah lebih keras dan bertenaga daripada biasa tetapi tidak perlu menjerit
dan terlalu cepat atau terlalu lambat.
9. Jadilah diri sendiri. Tidak perlu
mengikut cara orang lain.
10. Percaya pada diri sendiri. Ikhlas
untuk berpidato bukan kerana terpaksa dan dipaksa oleh sesiapa. Berusaha
sehingga peringkat maksima.
PIDATO YANG BAIK
1. Mempunyai bahasa yang baik dan gramatis. Pelbagai variasi bahasa dalam penyampaian. Diselitkan unsur humor.
2. Vokal iaitu kualiti, irama, kejelasan, kuat/lemah,
kecepatan dan tekanan suara. (
Sebutan, intonasi, gaya dan nada suara).
3. Visual iaitu ekspresi wajah
(ketakutan, kemarahan, kesedihan, semangat dsbnya) dan kontak mata.
AKHIRI PIDATO
1. Berhenti sejenak. Tutup mulut dan
berdiam diri. Biarkan suasana hening seketika.
2. Apabila semua penonton memerhatikan
kita, baharulah kita buat kesimpulan.
Puan Hajah Norliza bt
Sam Zakaria
SK.
Taman Tuanku Jaafar 2/2013
No comments:
Post a Comment