Tuesday 9 April 2013

Tugasan 2: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu


As Salam,

Tugasan yang telah saya buat semasa semester 3  ialah berdasarkan kajian terhadap suku bangsa atau etnik yang dikaji. Saya turut memberi contoh-contoh kata, ayat, bahan sastera, objek budaya atau apa sahaja bagi membuktikan hubungan kekerabatan dengan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.

Harapan saya, moga tugasan saya ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh rakan-rakan guru yang sedang belajar atau kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya. Selamat belajar.

https://docs.google.com/file/d/0B35atAYBBHqRZENSR0pBZkNvQlE/edit?usp=sharing

Tugasan 1 : Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu


As Salam,

Tugasan 1 ini adalah kajian suku bangsa Jawa dan hubungannya dengan rumpun bahasa Melayu. Saya memilih bangsa Jawa kerana darah Jawa mengalir dalam tubuh ini, namun faktor persekitaran menyebabkan saya tidak mengenali bangsa Jawa mahupun bahasa Jawa. Rakan-rakan guru dan sesiapa sahaja boleh jadikan tugasan saya sebagai rujukan. Boleh dimanfaatkan untuk kebaikan walaupun tidaklah sehebat tugasan-tugasan yang lain. Sekian.
 
 
https://docs.google.com/file/d/0B35atAYBBHqRbWo0QVhhNWFsNk0/edit?usp=sharing

Tuesday 22 January 2013

MARI BERPIDATO.....


PERSIAPAN DIRI UNTUK BERPIDATO

1.      Harus memiliki kekuatan mental.

2.      Membuat persediaan  yang secukupnya sebelum berpidato.

3.      Latihan yang dijalankan hendaklah berulang-ulang. Sekurang-kurangnya 10 hingga 15 kali sehinggalah kita faham  teks tersebut dan lancar dengan susunan ayatnya.

4.      Atur pernafasan  supaya dapat mengikis perasaan gugup. Gunakan suara asli anda sendiri.

TEKNIK BERPIDATO YANG BERKESAN

1.      Berdiri tegak dan stabil di hadapan pendengar/penonton.

2.      Tenangkan diri. Beri ruang kepada  hadirin untuk memerhatikan kita. Pastikan mereka telah bersedia untuk mendengar.

3.      Satukan diri dengan teks pidato. Jangan biarkan mulut sahaja yang berbicara. Anggota tubuh badan harus turut serta.

4.      Jangan melakukan pergerakan aneh seperti menggaru-garu. Gerakan juga jangan berlebih-lebihan.

5.      Kontak mata diperlukan semasa berpidato kerana mata memberi sejuta makna.

6.      Ekspresi wajah penting untuk menyampaikan emosi terutama dengan senyuman.

7.      Penampilan diri penting terutama cara berpakaian.

8.      Intonasi, sebutan dan nada suara haruslah lebih keras dan bertenaga daripada biasa tetapi tidak perlu menjerit dan terlalu cepat atau terlalu lambat.

9.      Jadilah diri sendiri. Tidak perlu mengikut cara orang lain.

10.  Percaya pada diri sendiri. Ikhlas untuk berpidato bukan kerana terpaksa dan dipaksa oleh sesiapa. Berusaha sehingga peringkat maksima.

 

PIDATO YANG BAIK

1.     Mempunyai bahasa yang baik dan gramatis. Pelbagai variasi bahasa dalam penyampaian. Diselitkan unsur humor.

2.      Vokal iaitu  kualiti, irama, kejelasan, kuat/lemah, kecepatan dan tekanan suara.            ( Sebutan, intonasi, gaya dan nada suara).

3.      Visual iaitu ekspresi wajah (ketakutan, kemarahan, kesedihan, semangat dsbnya) dan kontak mata.

AKHIRI PIDATO

1.      Berhenti sejenak. Tutup mulut dan berdiam diri. Biarkan suasana hening seketika.

2.      Apabila semua penonton memerhatikan kita, baharulah kita buat kesimpulan.

Puan Hajah Norliza bt Sam Zakaria
SK. Taman Tuanku Jaafar 2/2013