UPSR

KERTAS 011 (BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN)

Jumlah soalan : 40 soalan
Bentuk soalan : Objektif Aneka Pilihan
Pilihan jawapan : Empat pilihan iaitu A,B,C atau D
Masa menjawab : 50 minit

Pembahagian Soalan :

A. Soalan 1 hingga soalan 30 : Kemahiran Berbahasa (Tatabahasa)

1. Soalan kemahiran berbahasa menguji pengetahuan tatabahasa calon.

2. Soalan dalam bahagian ini dibahagi kepada dua bahagian utama iaitu:
    a) Aspek penggunaan perkataan (morfologi)
    b) Aspek ayat yang betul (Sintaksis)

3. Terdapat beberapa soalan yang disertakan dengan gambar ilustrasi sebagai panduan kepada calon  
     untuk menjawab soalan.

4. Antara aspek kemahiran berbahasa dalam soalan UPSR ialah :
    a) Penggolongan kata :
  • kata nama
  • kata ganti nama
  • kata kerja
  • kata adjektif
  • kata hubung
  • kata sendi nama
  • kata keterangan
  • kata bilangan
  • penjodoh bilangan
  • kata perintah
  • kata seru
  • kata pemeri
  • kata penegasan
  • kata nafi
  • penanda wacana
b) Pembentukan kata
  • Pengimbuhan (Imbuhan)
  • Penggandaan (Kata Ganda)
  • Pemajmukan (Kata Majmuk)
c) Kosa Kata
  • Kata seerti (Sinonim)
  • Kata berlawan (Antonim)
  • Kata hampir sama makna (Polisim)
  • Kata banyak makna
d) Peribahasa
  • Simpulan bahasa
  • Perumpamaan
  • Pepatah
  • Bidalan
e) Pembinaan Ayat
  • Memilih jawapan bagi soalan yang diberikan
  • Memilih soalan bagi jawapan yang diberikan
  • Memilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
f) Kesalahan Umum Tatabahasa
  • Memilih ayat yang betul penggunaan katanya
  • Memilih ayat yang betul struktur dan tatabahasanya.
  • Memilih ayat yang betul menggunakan kata banyak makna.




PANDUAN MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA

1. Rujuk kamus untuk mendapatkan makna perkataan dan contoh menggunakan perkataan dengan betul 
    dalam sesuatu ayat. Kamus yang dicadangkan ialah Kamus Dewan Bahasa atau Kamus KBSM  
    terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Banyak membaca buku tentang tatabahasa Melayu. Buku yang dicadangkan ialah Tatabahasa Dewan 
    terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Banyak membaca buku tentang peribahasa Melayu.

4. Memperkaya dan memahirkan diri dengan kosa kata bahasa Melayu dengan membaca buku atau bahan 
    bacaan bahasa Melayu seperti buku cerita, novel, majalah, cerpen, akhbar dan sebagainya.

***********

B. Soalan 31 hingga soalan 40 : Kemahiran Membaca dan Memahami

1. Dua petikan pemahaman yang pelbagai jenis dikemukakan.

2. Setiap petikan akan diikuti dengan 5 soalan  pelbagai aras. Dengan ini, terdapat 10 soalan dalam 
    bahagian ini.

3. Soalan-soalan yang dikemukakan meliputi perkara-perkara berikut :
  • Pemahaman tentang fakta, isi-isi penting, urutan peristiwa dan merumus tajuk.
  • Pengetahuan tentang maksud perkataan atau rangkai kata.
  • Pengetahuan tentang maksud peribahasa atau simpulan bahasa.
  • Penggunaan olahan matematik dan soalan-soalan berkaitan sains.
  • Pemahaman tentang aspek nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam petikan.

SOALAN-SOALAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MEMAHAMI

1. Soalan tentang perbendaharaan kata :
  • Menentukan maksud kata yang terdapat dalam petikan.
  • Menentukan maksud rangkai kata yang terdapat dalam petikan.

2. Soalan yang jawapannya tersurat :
  • Mencari maklumat atau isi-isi penting yang terdapat dalam petikan dengan jawapan yang jelas atau nyata terdapat dalam petikan.
  • Contoh : nama orang, tarikh, tempat atau peristiwa.
3. Soalan yang jawapannya tersirat :
  • Mencari maklumat atau isi-isi penting yang terdapat dalam petikan tetapi memerlukan calon untuk menganalisis, manaakul, berfikir dan memahami lebih mendalam tentang fakta atau maklumat yang dikehendaki oleh soalan.
4. Soalan berbentuk KBKK ( Kemahiran Berfikir secara kritis dan kreatif )
  • Memerlukan calon untuk berfikir secara kreatif dan kritis untuk membuat kesimpulan, penilaian dan menganalisis nilai-nilai yang terdapat dalam petikan.



PANDUAN MENJAWAB SOALAN
 KEMAHIRAN  MEMBACA DAN MEMAHAMI


1. Baca arahan dan soalan dengan teliti tanpa meninggalkan satu patah katapun. Hal ini penting kerana 
    jika  calon tidak berbuat demikian, jawapan yang dipilih kemungkinan akan salah.

2. Bagi soalan bergambar pula, kenal pasti perkaitan antara gambar dengan soalan (ayat) yang 
    dikemukakan. Gambar itu sebenarnya sebahagian daripada soalan.

3. Jawab soalan-soalan yang mudah terlebih dahulu. Jangan membuang masa untuk mencari jawpan bagi 
    soalan yang susah dan mengelirukan.

4. Pilih hanya satu jawapan sahaja yang anda benar-benar yakin adalah yang paling tepat dan betul.

5. Pastikan pilihan jawapan pada kertas soalan adalah sama dengan jawapan yang anda hitamkan pada 
    kertas jawapan objektif.

6. Anda dicadangkan menjawab soalan 1 hingga 20 (Tatabahasa) terlebih dahulu, kemudian diikuti 
    bahagian ayat dan seterusnya bahagian pemahaman.

7. Perkara yang hendak diuji ialah pengetahuan dan pemahaman calon  menggunakan kata dan ayat yang 
    betul dalam Bahasa Melayu.




PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN

1. Baca arahan dengan teliti dan fahami arahan tersebut.

2. Baca petikan sekali untuk mendapatkan idea keseluruhan petikan yang diberi dan gariskan 
    maklumat-maklumat penting yang terdapat dalam petikan seperti nama orang, nama tempat, tarikh, 
    peristiwa dan maklumat utama yang ada kaitan dengan petikan.

3. Baca semula petikan untuk lebih memahami petikan yang diberi.

4. Kemudian, baca soalan dan fahami soalan tersebut.

5. Cari bukti jawapan berdasarkan petikan. Kemudian, gariskan pada baris dan perenggan bagi bukti 
    jawapan tersebut.

6. Jawab soalan berdasarkan petikan bukan berdasar pengetahuan sedia ada.

7. Semak semula jawapan yang telah anda pilih dengan merujuki petikan.


PANDUAN MENGUASAI SOALAN PEMAHAMAN

1. Banyak membaca bahan-bahan bacaan dalam bahasa Melayu. Kemudian, cuba jawab soalan dalam 
    lisan dan bertulis dalam kumpulan.

2. Banyak membuat latihan menjawab soalan-soalan seiras UPSR dalam pelbagai bentuk petikan.






   






1 comment:

  1. Sekiranya murid-murid dan guru-guru mengikut panduan menjawab soalan BM (PEM) sebagaimana yang disarankan maka 'A' tentu dalam tangan. Mulakan dari bawah....

    ReplyDelete