Tuesday 10 April 2012

TEKS PIDATO JUARA DAERAH SEREMBAN 2



SEMANGAT 1MALAYSIA TERAS KEJAYAAN


Sejambak kasih, seharum kasturi buat saudara/i peneraju majlis, kombinasi kehakiman yang berlandaskan neraca keadilan, guru-guru penggerak generasi berwawasan seterusnya warga dewan sekalian. Assalamualaikum wm..wbt...

Semangat 1Malaysia Teras Kejayaan. Begitulah tajuk pidato saya pada hari ini.

 Semangat bolehlah ditakrifkan sebagai perasaan dan jiwa,  1Malaysia bolehlah ditakrifkan sebagai rakyat yang berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Teras kejayaan pula bermaksud sesuatu yang menjadi asas agar berjaya untuk  kemenangan ataupun hasil yang diperoleh. Aspirasi ini adalah  untuk mewujudkan sebuah negara bangsa yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan dalam kalangan rakyat.

Warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,

            Semangat persaudaraan membawa kejayaan negara tercinta. 1Malaysia adalah lahir daripada semangat setiakawan. Walaupun berbeza asal keturunan, kepercayaan agama dan akar budaya namun rakyat Malaysia berpegang pada satu prinsip yang sama iaitu Rukun Negara.

Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People (Dengan Izin). Dalam hal ini, 1Malaysia, menuntut rakyat berfikir melepasi sempadan kaum dan etnik masing-masing.

            Hubungan kaum dan etnik dipereratkan bagi jangkamasa panjang. Kewujudan satu bangsa Malaysia membentuk sikap menghormati, ikhlas, saling mempercayai dan persaudaraan.

Buktinya RIMUP dan e-intergrasi  telah mensasarkan murid-murid dari SK, SJK(C) dan SJK(T) bersama-sama mengikuti satu program bersama. Pelaksanaan RIMUP dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan adalah untuk membina negara bangsa.

            Ideologi dengan semangat persaudaraan dalam 1Malaysia pasti menggerakkan kejayaan negara.

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Sidang intelektual sekalian,

            Meniti wasilah kedua saya dengan untaian kata, Kemajuan ekonomi dinikmati, kemakmuran negara dikecapi. 1Malaysia dapat membangunkan ekonomi negara. Pelancong dan pelabur asing mengenali rakyat Malaysia yang  berintegriti tinggi.  

            Kini, Malaysia menerokai bidang sains angkasa, bioteknologi dan teknologi nano. Menurut laporan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, Malaysia mencatatkan nilai digital 0.57 bermakna kita mendahului kemudahan akses digital dalam kalangan negara ASEAN.

            Justeru, 1Malaysia telah meningkatkan taraf ekonomi negara menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.

Hadirin yang dihormati sekalian,

            Idea terbilang terakhir saya dengan gagasan bicara, perpaduan dan semangat nasionalisme, negara aman dan sentosa. Peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 perlu dijadikan iktibar. Formula yang dicipta oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan adalah untuk perpaduan dan semangat nasionalisme.

            Kini 1Malaysia disandarkan dalam memperkukuhkan perpaduan nasional.
Negara ini adalah negara kita. Kita adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati dan dikongsi secara bersama. Segala pembangunan adalah limpahan daripada perpaduan yang diteruskan dalam 1Malaysia.

            Lihatlah apa yang berlaku pada negara-negara yang sedang bergolak seperti Mesir, Syria dan Libya. Perpaduan sudah tiada.  Kemusnahan berlaku di mana-mana. Rakyat menderita dan sengsara. Mengorbankan banyak nyawa. Sehingga melibatkan campur tangan negara luar.

Kasihan.... Jangan sampai negara kita menerima nasib seperti mereka. Kami, anak-anak pasca merdeka dahagakan keamanan untuk kesejahteraan.Saya menyeru tuan-tuan, puan-puan dan rakan-rakan sekalian berpegang pada konsep 1Malaysia agar negara ini terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

            ‘Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.’
           
Sekian, salam ilmiah menjana sahsiah.
           







Disediakan oleh,


Puan Hajah Norliza bt Sam Zakaria
SK. Taman Tuanku Jaafar 2, Seremban.
Mac 2012



39 comments:

  1. Assalamualaikum cikgu.

    Saya ingin memohon keizinan bagi menggunakan sepenuhnya teks pidato ini untuk tujuan pendidikan.

    Terima kasih atas budi baik cikgu.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum cikgu..

    saya ingin moemohon keizinan jgk utk menggunakan teks ini utk tujuan pembelajaran,

    terima kasih

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Cikgu, saya amat suka dengan teks pidato cikgu. Thumbs up untuk cikgu ! Masha Allah..

    ReplyDelete
  4. Selamat petang, mohon kebenaran cikgu untuk menggunakan teks pidato ini sebagai latihan di sekolah saya. TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  5. salam, saya mohon kebenaran menggunakan teks ini sebagai panduan untuk teks pidato pertandingan. Tkasih





    ReplyDelete
  6. salam, saya ingin memohon kebenaran cik untuk menggunakan teks ini sebagai contoh teks pidato.... terima kasih

    ReplyDelete
  7. Selamat petang...saya ingin memohon kebenaran untuk menggunakan teks pidato ini sebagai latihan di sekolah saya...terima kasih

    ReplyDelete
  8. amat bagus dan boleh dijadikan contoh

    ReplyDelete
  9. salam, saya mohon kebenaran untuk menggunakan teks ini untuk karnival BM di sekolah saya. Terima kasih

    ReplyDelete
  10. Saya nak gunakan teks ni boleh??.. Mohon kebenaran yaa... Terima kasih, doakan saya untk berjayaa nnti.. Aminn😂😁

    ReplyDelete
  11. salam, cikgu saya minta kebenaran mahu guna teks ini sebagai rujukan untuk pertandingan pidato sekolah. terima kasih

    ReplyDelete
  12. saya mohon kebenaran teks ini untuk digunakan oleh murid saya .terima kasih

    ReplyDelete
  13. salam, saya meminta izin untuk menggunakan teks pidato ini.

    ReplyDelete
  14. salam cikgu...mohon kebenaran tuk gunakan sebahagian atau sepenuhnya karya ilmiah ini untuk anak didik.....syukran

    ReplyDelete
  15. Assalam cikgu.izinkan sy guna teks pidato cikgu ye.t.kasih banyak2 sebab memudahkan kerja sy.teks yg sgt baik.tahniah cikgu.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum cikgu. Mohon izin cikgu untuk gunakan teks pidato ini. Terima kasih

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum. Izinkan saya menggunakan teks ini untuk anak didik saya. tk

    ReplyDelete
  18. assalammualaikum cikgu. Mohon izin cikgu menggunakan teks ini untuk latihan anak murid saya

    ReplyDelete
  19. salam cgu... mohon share ya cgu... semoga Allah memberkati cgu selalu..
    aamiin..

    ReplyDelete
  20. slm cikgu...mohon izin untuk menggunakan teks pidato ini...terima kasih

    ReplyDelete
  21. selamat petang ,,, minta kebenaran untuk menggunakan teks ini..terima kasih..

    ReplyDelete
  22. salam puan hajah...saya mohon guna teks ini ye...terima kasih...

    ReplyDelete
  23. salam... mohon share ya puan.. terima kasih.

    ReplyDelete
  24. salam.. mohonn izin menggunakan teks pidato puan.. terima kasih puan

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum penulis blog, izinkan saya untuk menggunakan sedikit daripada teks pidato ini . terima kasih :)

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum, izinkan saya menggunakan sedikit daripada teks ini untuk ptdngan 🍠

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum, saya memohon keizinan untuk menggunakan teks ini untuk pertandingan.

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum. Saya mohon keizinan cikgu untuk menggunakan teks ini bagi pertandingan pidato sekolah saya. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  29. Assallam,izinkan saya gunakan teks pidato ini .terima kasih

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum ,izinkan saya nk menggunakan teks pidato ini.

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum cikgu. Mohon izin cikgu untuk gunakan teks pidato ini. Terima kasih...��

    ReplyDelete
  32. Assalam...mnta izin share n guna teks pidato yerr cgu..makaseh😉

    ReplyDelete
  33. ASSALAKUALAIKUM, IZINKAN SAYA MENGGUNAKAN TEKS PIDATO UTK MINGGU BAHASA

    ReplyDelete
  34. Mohon kebenaran saya gunakan teks pidato ini.....terima kasih
    Semoga puan dipermudahkan rezeki

    ReplyDelete
  35. Minta keizinan... Saya guna teks ini untuk anak didik saya

    ReplyDelete
  36. Salam cg sy nk minta izin guna pidato ni untuk buat video asigment shj

    ReplyDelete