Monday 28 May 2012

MARKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT

Aku amat bersyukur kerana memperoleh markah penuh untuk penghasilan blog iaitu 30/30. Bagi tugasan 2 iaitu Pembudayaan ICT di sekolah pula, aku memperoleh 19/20 manakala bagi tugasan 1, aku memperoleh 10/10. Pencapaian yang cukup memotivasikan diriku untuk terus buat yang terbaik selepas ini. Tahniah buat kawan-kawan yang seangkatan denganku yang mana mereka turut memperoleh markah yang memberangsangkan. Tidak lupa ucapan  terima kasihku kepada pensyarah-pensyarah, kawan-kawan, keluarga dan rakan-rakan guru di SK. Taman Tuanku Jaafar 2 yang membantu dan mendorong aku untuk terus menyambung pengajian. Semoga usaha murniku ini mendapat keredhaan-Nya. Amin.

No comments:

Post a Comment