Wednesday, 5 December 2012

Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak Unit 1-6 (Modul UPSI-PJJ)

Unit 1 : Teori Kreativiti dan Pemikiran Kreatif




 
1. Kreativiti dan pemikiran kreatif kanak-kanak adalah dalam aktiviti seni visual dan seni
    persembahan yang dikenalpasti melalui sikap, motivasi, kemampuan dan kemahiran.

2. Kreativiti kanak-kanak bermula dengan berimaginasi, mengeluarkan idea, menerokai dan
    membuat keputusan.

3. Menurut Kamus Dewan (2010) kreativiti sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta, daya kreatif
    dan kekreatifan. Manakala kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan mencipta,  
    menghasilkan  dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.

4. May (1975) : kreativiti sebagai proses membawa sesuatu yang baru ke dalamnya.

5. Torrance (1970) : Kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan.

6. Schirmacher (1998) : Perkembangan kreativiti kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu ;
     a) menerusi aktiviti seni
     b) aktiviti harian mengikut umur.

7. Aktiviti seni dan aktiviti harian yang kreatif kanak-kanak.
    2-3 tahun     : menconteng, melukis, menyanyi dan bermain.
    4-5 tahun     : melukis, mewarna, menyanyi, menari dan permainan kata-kata.
    6-7 tahun     : drama, memasak dan aktiviti lain yang berinteraksi
    8-9 tahun     : bercerita, permainan dan pakaian beragam.
    10-11 tahun : visualisasi, numerasi dan literasi
    12-13 tahun : mendapat informasi, mengenali mesin dan penulisan kreatif

8. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kebolehan kanak-kanak untuk mencerna,
    berimaginasi, menghasilkan idea dan mempelbagaikan idea.

9. Pemikiran kreatif dapat merangsang kanak-kanak untuk menghasilkan idea baru dalam aktiviti
    seni. Membantu kanak-kanak berfikir, menghasilkan karya seni yang unik dan mencungkil bakat.

10. Empat ciri pemikiran kreatif :
      a) imaginatif
      b) keberanian
      c) perkembangan idea
      d) merekacipta

11. Teori-teori berkaitan kreativiti :
      a) Teori dua belahan otak -  Hemisfera otak mempengaruhi cara berfikir. Otak kanan merupakan
           bahagian otak yang melihat sesuatu secara menyeluruh. Otak kanan lebih fokus kepada   
           imaginasi dan kreativiti seseorang kanak-kanak.Otak kiri fokus pada urutan, kemahiran
           analisis dan pemikiran logik untuk aktiviti membuat eksperimen dan numerasi.

      b) Teori Six Thinking Hats (Edward de Bono) - Emosi sangat penting dalam proses berfikir.
           Seseorang yang kreatif perlu pandai mengurus emosi. Enam warna menjadi pemikiran untuk
           memakai topi ketika berdepan dengan situasi tertentu. Topi putih - mendapat informasi yang
           meliputi fakta, figura dan maklumat. Topi merah - menghadapi situasi perasaan yang meliputi
           luahan mood dan emosi. Topi hitam - semasa membuat penilaian negatif pada kesalahan dan
           halangan. Topi kuning - semasa membuat penilaian positif. Topi hijau - semasa situasi yang
           berkaitan dengan kreativiti.  Topi biru - semasa situasi metakognitif yang berkaitan aspek
           seseorang yang berfikir.

      c) Teori Kreativiti Paul Torrence - 7 perkara dalam proses mencungkil kreativiti iaitu :
           i)    Penyoalan       : Stimulasi minda kanak-kanak.
           ii)   Penemuan       : Galakan dan rangsangan kepada kanak-kanak.
           iii)  Pemerhatian    : Menggunakan pancaindera.
           iv)  Percubaan        : Eksperimen dan usaha untuk terbaik.
           v)   Penerokaan      : Galakan untuk eksplorasi pelbagai bahan di sekeliling.
           vi)  Memanipulasi  : Menggunakan bahan atau situasi di sekeliling.
           vii) Aktiviti            : Mencungkil aktiviti 
                (4PMA)

       d) Teori Multiple Creative Talent (Calvin W Taylor) - Bukan semua individu mempunyai bakat
           yang sama. Pengembangan bakat kanak-kanak berkait rapat dengan cara guru merangsang
           pemikiran mereka. Taylor mengkategorikan kreativiti kepada lima sifat iaitu :
           i)     Kreativiti bersifat ekspresif (Bebas. Bimbingan untuk meluahkan idea mengikut 
                   kemampuan kanak-kanak dalam menghasilkan karya.)
           ii)    Kreativiti bersifat penghasilan (Kecekapan. Bimbingan untuk penambahbaikan karya)
           iii)   Kreativiti bersifat inovatif .(Modifikasi. Bimbingan kepada idea baru yang lebih
                   bermakna)
           iv)   Kreativiti bersifat inventif. ( Keupayaan mencipta melalui proses penerokaan. Guru beri
                   pujian dan galakan).
           v)    Kreativiti bersifat emergen (Bentuk kreativiti yang tinggi. Prinsip formal diterjemah
                   dalam bentuk abstrak. Cth. lukisan tanpa menitikberatkan bentuk asalnya)

        e) Teori Lowenfeld Stages of Arististics Development (Lowenfeld) - Aktiviti seni yang
            dilaksanakan secara berterusan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan
            deria pencaindera secara menyeluruh sebagai proses pengamatan dan merekod. 8 kategori
            kreatif Lowenfeld iaitu :
            i)     Cabaran - Menerima cabaran masalah dan dapat sesuaikan dengan situasi
            ii)    Kelancaran - Berimaginasi dan berfikiran terbuka untuk mengaitkan idea dengan hasil    
                    kerja kreatif.
            iii)   Kelenturan - Sanggup menerima perubahan.
            iv)   Keaslian - Idea asli tanpa meniru sesiapa
            v)    Pemikiran bercapah - Mengembangkan idea
            vi)   Keinginan - Perasaan ingin tahu dan berupaya membuat analisis.
           vii)   Kompleks - Membuat sintesis
           viii)  Makna baru - Menghasil sesuatu produk atau idea yang kreatif dan inovatif.
           * 4 komponen kreativiti Lowenfeld boleh diukur ialah ;
                    i) kelancaran  - menterjemah idea secara spontan dan pantas.
                   ii) flesibel       - mampu menyesuaikan diri dengan situasi yang berbeza.
                  iii) keaslian     - Idea yang baru dan asli
                  iv) kepekaan   - Daya kepekaan yang tinggi terhadap sesuatu keperluan.

        f) Teori Perkembangan Kreativiti Fisher (Fisher 1943) - Terdapat lima tahap pemikiran kreatif
            iaitu :
            i)   Peringkat rangsangan - Guru mengemukakan soalan untuk merangsang pemikiran kreatif
                  kanak-kanak. Interaksi secara aktif kerana ingin tahu.
            ii)  Peringkat penerokaan - Guru membimbing mencari jawapan dan penyelesaian.
                  Berupaya mencari dan pemikiran ke hadapan.
            iii) Peringkat perancangan - Proses perbincangan, pemerhatian, interaksi sebelum aktiviti
                  sebenar.
            iv) Peringkat aktiviti - Pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merancang. Guru
                  membimbing semasa kanak-kanak melaksanakan aktiviti.
            v)  Kajian semula - Menilai keberkesanan aktiviti/tindakan.  Membimbing untuk
                  penambahbaikan dan memberi pendapat.
                  (RPPAK)

Unit 2 : Pendekatan dan Teori Seni

1. Seni bermaksud sesuatu yang halus. Terbahagi kepada dua iaitu seni visual dan seni
    persembahan.

2.Teori Seni Klasik (Plato, Aristotle dan Socrates) :
    i)   Menekankan kesejagatan (nilai rentas budaya tanpa mengira ras, ruang dan waktu serta nilai
         dalam masyarakat), keabadian (konsep kehidupan dari segi fizikal, nilai, sikap dan
         kerohanian) dan  kebenaran ( kemanusiaan dan kerohanian yang berkaitan dengan keadilan, 
         tatasusila dan kebijaksanaan)
    ii) Plato : Teori peniruan. Seni berasaskan idea yang berciri idealistik/ menekankan isi. Kecantikan
         hanya sementara.
    iii) Aristotle : Menolak teori Plato kerana kecantikan ialah sifat fizikal manusia. Menekankan
          bentuk dan waktu.
    iv) Socrates : Penciptaan seni berkonsep keseluruhan dan kesatuan disamping mempunyai ciri-ciri
          kesempurnaan dan keseimbangan, kecantikan dan kesempurnaan.

3. Teori Kosmologi : Berkaitan dengan alam semesta yang melibatkan fenomena dalam ruang dan
    masa meliputi alam nyata dan alam tidak nyata serta kedudukan manusia dalam ruang tersebut.
    Contohnya : Ukiran patung oleh orang asli kaum Jah Hut melambangkan kepercayaan animisme.

4. Teori Seni Kontemporari (Teori Erwin Panofsky dan Teory Susanne K. Langer): Membentuk
    identiti, stail dan teknik tersendiri.

    i) Teori Erwin Panofsky - membincangkan tentang objek dan makna melalui pernyataan
        ikonografi (persoalan tentang objek dan makna). 3 objek makna dalam karya seni :
  • Objek yang natural (primari) - meliputi manusia, binatang, tumbuhan dan persekitaran. Makna daripada peristiwa dan ekspresi perasaan.
  • Objek yang biasa (sukender) - menggambarkan arca(objek) yang menunjukkan peristiwa dan makna. Contoh gadis pegang buah peach (kejujuran)
  • Makna intrinsik (isi) - makna menentukan sikap, pendirian dan falsafah.
    ii) Teori Susanne K. Langer :Menolak teori peniruan Plato. Karya seni merupakan perasaan
         pengkarya yang hanya sebagai ilusi. Bentuk menjadi tumpuan utama dalam falsafah seni.
        Terdapat 7 konsep dalam karya seni iaitu bentuk, abstrak, ekspresi, perasaan, lambang, ilusi
        dan imej.(BAEPLII)

5. Pendekatan dan teori pembelajaran dalam pendidikan seni kanak-kanak meliputi pendekatan 
    konstruktivis, teori sosial-interaksi Piaget dan teori Gestalt yang boleh diaplikasi dalam pdp.

6. Pendekatan konstruktivis membimbing kanak-kanak belajar berdasarkan pengalaman mereka.
    Bruner telah menggariskan tiga prinsip iaitu :
    i)   Pengajaran berdasarkan kesediaan dan pengalaman serta mengikut konteks kesanggupan kanak
          -kanak untuk belajar.
   ii)   Mengorganisasi pengajaran mengikut struktur atau urutan dengan mudah.
   iii)  Pengajaran perlu melangkau maklumat  guru yang dirangka untuk memudah cara penghasilan 
          ilmu.

7. Pendekatan konstruktivis boleh diaplikasikan dengan menggunakan empat cara iaitu:
    i)    Menekankan kelainan dengan melatih kanak-kanak membezakan maklumat yang diterima.
   ii)    Menyusun maklumat supaya lebih mudah diterima oleh kanak-kanak.
  iii)   Menyampaikan maklumat secara berkesan.
   iv)  Memberi pujian ketika berjaya dan galakan ketika gagal kepada kanak-kanak.

8. Teori Sosial-Interaksi Piaget : Berkaitan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak.
    i)    Pengetahuan kanak-kanak tidak mencukupi. Justeru, interaksi sosial bersama rakan dan
          guru dapat menambah pengetahuan.
    ii)   Dua proses yang digunakan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran ialah
           proses asimilasi dan proses akomodasi (yang menggalakkan perkembangan kognitif)
   iii)   Peringkat kognitif terbahagi kepada empat peringkat iaitu
           a)  deria pergerakan (0-2 tahun) : interaksi melalui pancaindera.
           b)  praolahan ( 2-6 tahun) : imaginasi untuk meningkatkan daya ciptaan. Mula menguasai
                 nama untuk setiap objek.
           c)  pengolahan konkrit  (7-11 tahun) : kemahiran bahasa dan komunikasi tinggi. Memahami
                konsep lain seperti angka, pengklasifikasian serta mampu melihat sesuatu perkara daripada
                pelbagai perspektif.
           d)  pengolahan formal (12 tahun ke atas) : perkembangan fizikal lebih daripada perkembangan
                mental. Mula memahami konsep abstrak dan membentuk identiti diri. Namun kekurangan
                pengalaman menghadkan pengetahuan dan kebolehan mereka.

9. Teori Gestalt : Tumpuan kepada kognitif untuk mengenal pasti otak individu bertindak pada
     persepsi yang diterima melalui deria penglihatan. Persepsi pengalaman diambil secara menyeluruh
     bukannya sebahagian. Enam hukum dalam teori gestalt ialah :
     i)     Pragnanz : Apabila individu berhadapan dengan pengalaman baru, persepsi menjadi tidak
             teratur.
     ii)    Persamaan : Mengkategorikan rangsangan yang mempunyai persamaan.
     iii)   Keintiman : Rangsangan yang mempunyai hubungkait diletakkan dalam kategori yang sama.
     iv)   Lengkap : Meletakkan rangsangan yang lengkap dalam kategori yang sama.
     v)    Kesinambungan positif : Sifat rangsangan yang kekal dan tidak berubah.
     vi)   Ciri-ciri bahagian : Menilai objek secara menyeluruh.
            (PPKLKC)

     Teori Gestalt adalah rapat dengan pandangan konstruktivis dan diaplikasikan dalam kaedah
     penyelesaian masalah dalam pdp. Teori Gestalt bukan melihat produk karya seni tetapi
     menekankan proses penghasilan produk karya seni.
   
Unit 3 : Tokoh-tokoh Seni dan Kreativiti Kanak-kanak

1. Paul Torrance dikenali sebagai bapa kreativiti. Menggunakan Torrance Test of Creative
    Thinking untuk menguji tahap kreativiti kanak-kanak bagi menggantikan Ujian IQ (Intelligent
    Quotes) yang dikatakan tidak sempurna.

2. Calvin W. Taylor penerima anugerah American Psycology Association Richardson Creativity
    pada tahun 1970. Bakat kanak-kanak tidak sama. Oleh itu, 9 bidang dikenalpasti untuk
    membentuk kanak-kanak yang kreatif dan inovatif iaitu i) pemikiran kreatif dan bernas untuk
    mendapat idea, ii) mengimplementasikan idea, iii) kemahiran merancang, iv) kemahiran meramal,
    v) membuat keputusan, vi) kemahiran berkomunikasi, vii) kemahiran sosial viii) peluang yang
    menyerlah, ix) pencapaian akademik yang baik.
  
   Guru perlu mengesan dengan mencari kaedah alternatif untuk membangunkan kreativiti kanak-
   kanak dan memberi impak positif

3.Victor Lowenfeld berpendapat naluri dan keingingan merupakan faktor utama bagi mereka
   berfikir dan menyelesaikan masalah secara kreatif. Kanak-kanak akan mengalami dan menyedari  
   masalah, menyampaikan idea dan proses imaginasi dan kreativiti. Pelbagai halangan dihadapi iaitu
   psikologi dan persekitaran serta budaya yang memerlukan peranan guru untuk membimbing murid
   -murid.

4. June King McFee berpendapat seni untuk kanak-kanak perlu berbentuk komunikasi. McFee
    menekankan seni seharusnya mengambil kira konteks budaya serta elemen orentasi komuniti.
    Perlu ada pengalaman estetika dalam semua objek di persekitaran yang dipengaruhi konteks
    budaya untuk berkomunikasi dan menyampaikan mesej kepada masyarakat.

5. Carl Rogers mengatakan kreativiti merupakan satu proses yang wujud apabila seseoran itu
    bertindak ke atas sesuatu. Beliau memperkenal teori terapi iaitu :
    i)   keterbukaan kepada pengalaman
    ii)  cuba menikmati kehidupan yang dialami
    iii) menghargai diri sendiri
    iv) mengamalkan kebebasan
    v)  menjadi individu yang kreatif ,  sihat, bebas, bertanggungjawab serta dapat berfungsi
         sepenuhnya dalam kehidupan.
   
     Tindakan seseorang yang bebas dan bertanggungjawab mencetuskan keunikan dan kekuatan
     kepada individu seperti penggunaan bahan seni secara kreatif dan memberi sumgangan kepada
     masyarakat.
  • Torrance    : Torrence Test of Creative Thinking
  • Taylor        : Kreatif dan Inovatif
  • Lowenfeld : Naluri dan keinginan
  • McFee       : Konteks budaya dan komuniti
  • Rogers       : Teori Terapi
Unit 4 :Estetika dan Kanak-kanak

1. Estetika kanak-kanak melibatkan sifat kemanusiaan melatih kanak-kanak mencintai dan
    menghargai kecantikan di bumi ini.

2. Estetika bersifat subjektif yang mempunyai makna yang pelbagai dalam lukisan, kraf mudah,
    muzik, pergerakan kreatif, tarian, drama dan lain-lain lagi.

3. Estetika kanak-kanak meliputi tiga jenis iaitu:
    i)    Estetika sikap    : spontan, kekaguman, kegembiraan kanak-kanak dan perasaan ingin tahu
          dalam jiwa kanak-kanak.
   ii)    Estetika pengalaman  : penglibatan aktif dalam seni visual dan persembahan memberi
          pengalaman mendengar, eksplorasi visual dan manipulasi bahan kepada kanak-kanak.
  iii)    Estetika respon : menyatakan pandangan dan luahan perasaan pada karya seni. Respon
          fisiologi melalui ketawa, takut manakala respon mental melalui keputusan dan pandangan.

4. Estetika adalah cabang ilmu falsafah yang menekankan penggunaan pancaindera dalam
    mengapresiasi karya seni seperti melihat, mendengar, sentuhan, merasa dan menghidu.

5. Tindak balas spontan karya seni yang mempengaruhi tindak balas estetika ialah kualiti karya seni 
    dan maksud karya seni.

6. Pandangan golongan relativisme menyatakan kecantikan adalah subjektif dan terletak pada
    persepsi seseorang  untuk menilainya.

7. Golongan objektivisme berpandangan kecantikan wujud dalam sesuatu karya seni dan bukannya
    terletak pada persepsi seseorang.
 
8. Lima strategi untuk membimbing kanak-kanak mengapresiasi nilai estetika karya seni ialah :
    i)   Membuat perancangan
   ii)   Menunjukkan contoh hasil seni
  iii)   Berwaspada semasa merancang aktiviti seni kreatif
   iv)  Membimbing kanak-kanak membuat pemilihan bahan secara kreatif
    v)  Idea baru untuk membimbing kanak-kanak menimba pengalaman estetika

Unit 5 : Imaginasi Kanak-kanak

1. Imaginasi kanak-kanak merupakan khayalan yang tinggi, sukar diduga dan kadang kala di luar
    jangkaan kita.

2. Imaginasi Kreatif merupakan imaginasi yang hebat yang dapat diketengahkan dan difahami. Kita
    perlu berfikiran positif dan membantu kanak-kanak merealisasikan imaginasi mereka.

3. Pemikiran Simbolik merujuk pada imaginasi kanak-kanak sama ada dilakukan bagi
    menunjukkan dunia sebenar atau dunia khayalan. Kanak-kanak dipupuk untuk
    mempertingkatkan pemikiran imaginatif supaya dapat menyelesaikan masalah secara kreatif
    dan positif. Boleh dirangsang melalui modeling atau peniruan dan amalan pedagogi yang sihat
    seperti sosiodrama, nyanyian dan ekspresi seni. Kanak-kanak boleh menokok tambah plot cerita
    dunia sebenar dengan dunia khayalan. Walau bagaimanapun tingkahlaku mereka harus dipantau.

4. Lima aspek penting yang terdapat dalam Pemikiran Simbolik iaitu :
    i)    Kreativiti
   ii)    Kemahiran berfikir
  iii)    Perwakilan realiti
   iv)   Penyelesaian masalah
    v)   Bermain

5. Kitaran PBM (Pembelajaran Berasaskan Masalah) -
    i)   Pengetahuan Kumpulan
   ii)   Mengenal pasti masalah
  iii)   Menjana Idea
   iv)  Menjana isu pembelajaran
   v)   Menyediakan pelan tindakan
   vi)  Mencari dan mengumpul bahan
   vii) Mensintesis dan mengaplikasi
  viii) Membuat rekfleksi dan membuat maklum balas

6. Carta FILA  (Facts, Ideas, Learning Issues dan Action Plan )

7. Branford dan Stein (1984) memperkenalkan kaedah penyelesaian masalah  kepada 5 langkah :
    i)   mengenal pasti masalah
   ii)   mendefinisikan masalah
   iii)  mencari jalan penyelesaian
   iv)  mengambil tindakan
    v)  menilai tindakan

8 comments:

  1. Salam. Nota ringkas daripada modul KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak. PPLUPSI/2011. Nota ini adalah untuk persediaan dan kegunaan diri sendiri sebelum menduduki peperiksaan pada 26.12.2012 hingga 5.1.2013 ini sahaja. Sebarang kesalahan, harap maaf.

    ReplyDelete
  2. Permulaan yang bagus. Harap saudari dapat meneruskan penulisan ilmiah seperti ini.

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan, mohon perkongsian ilmu bersama. saya baru nak masuk sem3 lepas raye cina n ie. sedang mencari2 bahan . almaklum kolej kirby belum dwnld lagi modul dari upsi. alhamdulillah , jumpa blog cikgu . mohon sekali lagi untuk perkongsian ilmu ye. terima kasih bebanyak.

    ReplyDelete
  4. Assalamualikum dan salam perkenalan. Mohon perkongsian bahan dan ilmu bersama. Terima kasih atas perkongsian maklumat ini

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.Minta izin copy nota untuk tujuan ulangkaji .
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum....minta izin copy nota ye untuk ulangkaji

    ReplyDelete