1. Hellen Keller dalam autobiografinya menyatakan antara buta dan pekak, dia lebih rela memilih
sebagai seorang buta berbanding pekak.
2. Perkembangan bahasa dan pertuturan akan terbantut kesan daripada kehilangan pendengaran.
3. Perkembangan kognitif dan sosial lambat dan turut mempunyai tiga rangkap kecacatan iaitu
pendengaran, bertutur dan terencat akal.
4. Kamus Dewan mendefinisikan pekak sebagai tidak dapat mendengar langsung atau tidak dapat
mendengar dengan baik.
5. Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992) menyatakan kanak-kanak pekak sebagai seorang yang
rosak pendengaran kerana dalam kebanyakan contoh, ia mempunyai pendengaran separa.
6. Cruikshank (1975) kanak-kanak kurang upaya pendengaran merujuk kepada kebolehan kanak-
kanak itu menggunakan deria dengar.
7. Smith, Finn dan Dowdy (1993) mendefinisikan bermasalah pendengaran berdasarkan darjah
kepekakan iaitu pekak dan kurang pendengaran.
8. Dengan mengetahui anatomi telinga dan fisiologi, kita tahu dengan mendalam mekanisme
pergerakan bunyi yang dihasilkan di dalam telinga dan masalah yang menyebabkan gangguan
pendengaran.
9. Bahagian telinga terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu telinga luar, telinga tengah dan telinga
dalam.
10. Masalah pertuturan, bunyi dan sebagainya boleh dikelaskan mengikut masalah pendengaran iaitu
ringan, sederhana dan teruk.
11. Masalah Pendengaran ialah :
- Jenis Konduktif : Tahap sederhana dan ringan. Bunyi yang dihantar ke otak melalui tulang mastoid tidak dapat bergerak dari telinga luar ke dalam akibat tersumbat atau kerosakan pada laluan seperti tahi telinga, sekatan benda asing, kemalangan, kerosakan pada gegendang akibat jolokan, letupan dan lain-lain. Faktor jangkitan seperti jangkitan kronik yang dikenali sebagai Otitis Externa yang disebabkan jangkitan bakteria swimmer's eardan Otitis Media yang disebabkan salur eustachia yang tersumbat akibat demam selesema, campak, tonsilitis dan jangkitan hidung serta tekak. Selain itu, ketumbuhan tetulang halus pada stapes (Otosklerosis) pada dinding telinga tengah yang melekat pada jendela bujur. Kehilangan pendengaran tidak melebih 60dB di semua frrekuensi iaitu setakat 1 hingga 1.5 meter daripadanya. Mereka memerlukan mereka menggunakan alat bantu pendengaran dan juga terapi pertuturan.
- Jenis Sensorineural : Tahap teruk (severe) dan sangat teruk (profound). Tidak boleh mendengar bunyi pertuturan dan hanya mendengar bunyi kuat seperti mercun. Kerosakan berlaku pada telinga dalam atau laluan saraf pendengaran (koklea) ke otak. Bunyi kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Keupayaan pendengaran sebanyak 70dB dan ke atas. Tahap teruk 70dB -90dB. Bagi yang amat teruk 90dB ke atas, mengalami kesukaran untuk mendengar dan bertutur. Tidak boleh dirawat kecuali dengan teknologi terkini seperti ABD berkuasa tinggi dan pacakan koklea serta terapi pertuturan. Punca berlaku ialah semasa dalam kandungan iaitu jangkitan virus seperti rubella/german measles, pengambilan dadah, alkohol, aspirin, cortisone, quinine dan tranquillisiers serta pengambilan pil Thallidomide. Semasa kelahiran pula ialah anoxia (kekurangan oksigen) dan jaundice (demam kuning). Selepas kelahiran ialah kemalangan menyebabkan kerosakan koklea, meningitis (demam teruk), bunyi bising berterusan dan teruk, pengambilan bahan beracun seperti quinine dan antibiotik, ketuaan, vertiga (pening teruk). Punca akhir ialah keturunan iaitu jika ibu bapa membawa gen dominan (pekak) mempunyai anak pekak sensorineural 50% dan membawa gen resesif adalah 25%.
- Jenis Campuran : Serentak iaitu jenis konduktif dan sensorineural. Berlaku kehilangan pendengaran dalam kedua-dua ujian (bone and air condition). Dalam pekak bercampur kehilangan pendengaran melalui tulang lebih baik dari ujian melalui udara tetapi kehilangan berlaku kepada kedua-duanya.
pendengaran individu mengikut ukuran unit desibel menurut Williams (1991) dalam Safani Bari
(1993). Nilai 10dB ialah kekuatan bunyi untuk pendengaran normal.
- 16-25dB Minimal (Borderline)
- 26-40dB Mild
- 41-55dB Moderate
- 56-70dB Moderate to severe
- 71-90dB Severe
- 91dB-.... Profound
- Ujian tarikan (distraction test) : Bunyi-bunyian tanpa pengetahuan atau penglihatan untuk melihat tindak balas bayi sama ada dengan gerakan mata, tangan, kaki dan kepala.
- Ujian pertuturan (speech test) : Arahan-arahan mudah kepada kanak-kanak berumur lebih daripada 12 bulan untuk melihat gerak balas terhadap apa yang disuruh buat.
- a) Komunikasi Seluruh : Alat komunikasi secara lisan, bahasa isyarat, pertuturan kiu, bacaan bibir, ejaan jari, mimik muka dan sebagainya.
- b) Bahasa isyarat : Sistem komunikasi visual dan pergerakan tangan iaitu isyarat natif , bahasa isyarat Amerika (ASL) dan Komunikasi Menyeluruh Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM)
- Ejaan Jari : untuk mengeja nama khas dan mengeja perkatan yang tiada kod tangan. Memerlukan penguasaan abjad. mempunyai 3 aspek penting iaitu penggunaan pergerakan fizikal, gerakan pandangan dan tambahan kepada pertuturan dan bacaan bibir iaitu serentak dengan Ejaan Jari dan Kod Tangan.
- Pertuturan Kiu : pertuturan yang diiringi dengan kiu tangan iaitu petunjuk yang ditunjukkan oleh seseorang penutur supaya setiap suku kata dituturkan itu boleh dicam dengan jelas melalui penglihatan dan juga pendengaran walaupun secara kabur.
- Bacaan bibir : kebolehan memahami apa yang dikata dengan melihat bibir. Kaedah bacaan bibir menekankan kepada penggunaan penglihatan sepenuhnya.
- Auditori Verbal : mengajar pertuturan dengan menekankan kemahiran mendengar dari saki baki pendengaran secara lebih berkesan dengan dikuat melalui penggunaan alat bantuan pendengaran disamping menggunakan deria-deria lihat dan sentuh. Kaedah Auditori Oral mengajar kanak-kanak mengikut proses normal iaitu menekankan proses mendengar serta bertutur. Guru pendidikan boleh mengendalikan dan mengenal setiap alat bantuan mengajar seperti Post Aural Aid (Alat bantu belakang telinga), Body Worm Aid (Alat bantu dipakai pada badan), In the Ear Aid( alat Bantu dalam telinga) dan Bone Conductor (konduktor tulang)
1. Attention Deficit Hyperactif Disorder (ADHD) ialah istilah perubatan yang digunakan kepada
kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah daripada segi tingkah laku dan kognitif dalam
aspek penting kehidupan mereka seperti dalam keluarga dan hubungan peribadi di sekolah dan di
tempat kerja.
2. Paul Cooper dan Katherine 2002:9 disebabkan oleh desakan yang tidak terkawal, terlalu aktif dan
tidak memberi perhatian.
3. Ciri-ciri ADHD ialah tingkah laku yang sukar dikawal oleh rangsangan luar, tumpuan singkat,
pergerakan kaki dan tangan yang kerap, menghilangkan barang, gagal mendengar dengan baik,
tingkah laku yang tidak sabar dan sebagainya.
4. Azizi Yahaya et.al (2006), gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan merujuk pada kecelaruan
perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai keadaan hiperaktif
impulsiviti yang lebih kerap dan teruk berbanding perkembangan normal.
5. Gangguan kurang tumpuan ADD tanpa hiperaktif adalah subkategori ADHD tidak menimbulkan
gangguan di bilik darjah dan tingkah laku mereka tidak membimbangkan dan dapat dikawal oleh
guru.
6. Punca ADHD menurut kajian Friend (2006) adalah keturunan. Menurut Baekley(1998) 80%
kanak-kanak ADHD berpunca daripada keturunan dan dipersetujui oleh Lombroso et.al(1988).
7. Menurut Sandra(2005) ADHD berlaku disebabkan kekurangan aktiviti dan tahap metabolisma
yang rendah di bahagian otak tertentu. Menurut Friend, kekurangan electical activity dan
kekurangan tindak balas kepada stimulasi di bahagian otak.
8. Kategori Hiperaktif terdapat 3 gejala utama iaitu :
- Inatesi (Kekurangan tumpuan perhatian) : Mudah beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain. Tidak mendengar orang lain, lemah kuasa penumpuan perhatian dan tidak boleh duduk bermain dengan lama.
- Impulsif (Mengikut dorongan hati) : Tidak pernah merancang dan akan melakukan sesuatu sesuka hati. Tidak mengikut arahan.
- Hiperaktif (Berlaku terlalu aktif): Tidak boleh duduk diam. Berlari-lari, memanjat, melompat dan sebagainya. Tingkah laku mereka merisaukan ibu bapa.
a) Sensory Hyperactive (pancaindera)
- Lemah dan gagal memberi tumpuan
- Mudah hilang tumpuan
- Tumpuan perhatian dengan melihat dan mendengar berulang kali
- Tidak boleh membuat gambaran, pengasingan dan menyatakan kaitan atau perhubungan.
- Lemah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ruang.
- Tingkahlaku yang aktif dan melampau
- Memanipulasikan bahan atau apa saja yang dipegang.
- Mudah terganggu
- Tidak boleh tumpu perhatian terhadap sesuatu perkara
- Tidak boleh menyiapkan tugasan
- Menghasilkan kerja yang tidak berkualiti
- Suka buat aktiviti tetapi tak siap
- Perkembangan bahasa yang lambat
- suka memberontak
- bertindak sebelum berfikir
- memerlukan kepuasan dengan segera
- tidak boleh menunggu giliran
- suka mengganggu kawan
- suka mencuri
- sentiasa bermasalah
- selalu merosakkan harta benda orang
- selalu bergaduh dengan rakan
- kadangkala berani mencederakan diri sendiri dan orang lain
- suka membuat bising
- perlakuan secara tiba-tiba
- degil dan sukar dikawal
- lemah merancang
- perlukan perhatian yang lebih
- tidak suka dengar nasihat
- tidak tahu mempertahankan diri
- selalu tukar aktiviti
- tidak suka dibelai
- suka menjerit
- sensitif terhadap bau-bauan
- suka bermain tanpa mengira bahaya
- risau/resah/gelisah : Jika tidak dapat melakukan perkara yang mereka suka.
- mengelamun/berkhayal : setelah berkhayal mereka akan aplikasikannya.
- tidak tahu erti bahaya : melakukan perkara di luar kawalan
- selalu melakukan perkara yang bahaya: memikirkan keseronokan tanpa menghiraukan bahaya.
- agresif : suka berlari-lari, melompat, memanjat dan sebagainya.
- tidak berhati-hati
- tingkahlaku yang memerlukan pengawasan rapi : ibu bapa, orang dewasa perlu mengawasinya.
- tidak boleh menyesuaikan diri dengan permainan : terutama dalam pasukan kerana dia dengan dunia dia sahaja.
- tidur lasak, berjalan-jalan, kurang tidur :
- bertindak cepat tetapi kurang berkesan : penuh semangat untuk buat tugasan tetapi hasilnya tidak ada kualiti kerana tidak mengikut spesifikasi.
- lemah koordinasi : tidak dapat menyeimbangkan diri atau pemikiran serta perlakuan.
- kurang faham atau tidak empati pada perasaan orang lain.
- kesukaran pemprosesan auditori (mendengar tetapi tidak faham)
- pelupa dan tumpuan terganggu
- gagal untuk cemerlang
- tidak pandai berinteraksi
- Ubatan iaitu Amphetamine, Ritalin dan Haloperidol. Namun, jika ubat diberhentikan, kelakuan hiperaktif datang semula.
- Teknik pengubahsuaian kelakuan oleh pakar psikologi.
- Pendekatan pembelajaran ; mengurangkan aktiviti kanak-kanak sebaliknya aktiviti yang boleh mengembangkan intelek mereka.
- Bercakap dengan bertentang mata. Arahan hendaklah tepat dan jelas.
- Buatkan jadual dan pastikan dia mengikuti jadual tersebut.
- Suruh mereka ulang pelajaran. Berikan ganjaran.
- Benarkan mereka berehat 5-10 minit.
- Jangan galakkan permainan yang kasar
- Galakkan komunikasi dengan guru.
1. Menurut Friend (2005), empat konsep yang merujuk ketidakupayaan fizikal iaitu condition (keadaan) :
- kronik : tidak berubah dan boleh dipulihkan
- acute : kesakitan yang melampau(serius) tetapi boleh dirawat, diubah dan diubati.
- progressive disorder : ke arah kematian seperti muscular dystrophy seperti lemah otot-otot badan, kaki, tangan yang tidak dapat mengawal pergerakan badan. Dua jenis muscular dystrophy yang disebabkan oleh genetik iaitu Duchenne Muscular Dystrophy (DMD) dan Becker Muscular Dystrophy(BMD)
- episodic : iaitu akibat daripada intensity dan dormant
atau prenatal, waktu kelahiran (perinatal) atau setelah kelahiran(postnatal)
3. Punca kecacatan fizikal (Muscular Dystrophy) ialah akibat genetik ibu iaitu kromosom X dan
bercantum dengan kromosom Y daripada ayah menyebabkan anak lelaki mewarisi penyakit
manakala dua kromosom X yang diwarisi oleh anak perempuan pula menjadikan mereka
pembawa.
4. Menurut Clark (2007), kecacatan genetik kromosom X penyebab berlakunya Duchenne dan
Becker Muscular Dystrophy yang boleh menyebabkan kepada masalah pekembangan otot hati
(cardiomyopathy) dan mengalami otot yang lemah.
5. Jenis-jenis kecacatan ialah :
- a) Cerebral Palsi : Satu situasi pergerakan anggota badan yang tidak dapat dikawal sepenuhnya oleh kerana terdapat gangguan, kecederaan atau kelumpuhan di dalam otak. Terbahagi kepada tiga jenis iaitu :
- Spastik : Berlaku pada bahagian konteks motor di mana kehilangan kawalan terhadap otot-otot menyebabkan koordinasi pergerakan menjadi susah.
- Atetosis : Berlaku pada bahagian basal ganglion. Pergerakan writhing yang perlahan dan tidak boleh dikawal. Bahu, muka, kaki, tangan dan lengan menjadi sasaran. Otot-otot tekak menyebabkan pertuturan payah dan tidak jelas serta masalah mengawal air liur.
- Ataksia : Disebabkan kerosakan pada bahagian serebelum otak. Pergerakan kekok dan teragak-agak, pertuturan kurang jelas dan sentiasa meliuk-liukkan badannya. Kelumpuhan otak dibahagikan kepada Monoplegia (anggota badan), Diplegia, Hemiplegia, Trilegia, Quadriplegia, Tetraplegia (kaki dan tangan).
- b) Muscular Dystophy : Mengalami masalah perkembangan otot sehingga pesakit menjadi lemah unbtuk bergerak dan pergerakan menjadi lambat apabila umur meningkat. Bermula pada bahu dan pangkal paha, kemudian saraf hati dan paru-paru. Kedua, kesan pada otot betis, jantung dan fungsi pernafasan. Akibatnya hilang keupayaan untuk bergerak dan gagal menggunakan lengan dan tengan secara efektif.
- a) Fizikal : Menurut Giulani dan Perangelo (2007), kecacatan fizikal berbeza mengikut jenis Muscular Dsytophy. Menurut Taylor et.al (2009), gejala kecacatan fizikal Duchenne Muscular Dystrophy dapat dilihat antara umur dua dan enam tahun. Menurut Best et. al (2005), kelemahan otot bermula pada lower leg dan otot pelvic girdle. Keseluruhannya mereka menghadapi masalah menggunakan kemahiran motor kerana otot-otot yang lemah. Sehingga satu tahap terpaksa menggunakan kerusi roda.
- b) Intelektual : Menurut Friend (2008), prestasi kanak-kanak ini di sekolah amat menyedihkan kerana kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak Muscular Dystrophy tidak meletakkan harapan tinggi terhadap diri sendiri, ketidakhadiran ke sekolah kerana masalah kesihatan dan tekanan psikologi. Hunt dan Marshall (2005), pesakit Muscular Dystophy yang mengalami pembantutan otak akan ditempatkan di institusi untuk membentuk interaksi sosial dan komunikasi antara pesakit dan komuniti.
- c) Kesihatan : Kegagalan sistem otot akan merebak ke bahagian lain termasuk saraf hati yang memberi kesan pada paru-paru, jantung dan fungsi pernafasan.
- d) Kecacatan tingkah laku : Duchenne Muscular Dystrophy menghadapi masalah perkembangan psikologi dan tingkah laku kesan daripada kesakitan yang mereka alami. Keadaan ini menyebabkan kadar kebergantungan, suka menyisihkan diri dan kemurungan kerana perubahan tubuh badan yang tidak normal. Berlaku perubahan emosi dan trauma apabila kanak-kanak menyedari keadaan dirinya yang tidak normal itu.
- e) Perkembangan sosial : Sangat terbatas. Ada yang menggunakan kerusi roda, braces dan lain-lain. Ada yang mengalami masalah menyuap makanan, menghisap dan menelan malah untuk ke tandaspun bergantung pada bantuan orang lain.
- f) Masalah pendidikan : Menurut Best et al. (2005), kesukaran menguasai kemahiran motor menyebabkan kanak-kanak ini menghadapi masalah kesukaran untuk menulis.
- Perkhidmatan pakar perubatan untuk pemeriksaan bulanan dan mengulangkaji kes-kes lama serta memberi bimbingan kepada ibu bapa.
- Rawatan pemulihan anggota termasuk rawatan melalui kegunaan air untuk mengurangkan keadaan spastik dan memperoleh koordinasi.
- Rawatan pemulihan pertuturan dengan memberi bantuan bilik-bilik kalis bunyi, berhawa dingin dan dilengkapi dengan peralatan-peralatan lain.
- Rawatan pemulihan cara kerja yang menggunakan permainan dan aktiviti-aktiviti yang mendorong kanak-kanak ke arah berdikari dalam melaksanakan tugasan harian, latihan vokasional seperti menjahit, memasak, berkebun dan bertukang.
- Rawatan pemulihan pendidikan teknik mengajar bantu diri atau kemahiran untuk kehidupan harian misalnya menggunakan tandas, menyuap makanan, memakai pakaian, menanggalkan pakaian, membasuh, memasak makanan mudah, bersiar-siar, membeli belah dan kebersihan diri. Selain itu, mengajar kemahiran membaca, menulis dan menaakul. Kemahiran komunikasi yang melibatkan bahasa ekspresif, kefahaman, perbendaharaan kata, pertuturan dan sebagainya. Kemahiran mobiliti seperti duduk, berjalan, berlari, melompat. Kemahiran bermain, dengan menggunakan masa lapang.
kebolehan mereka.
Unit 9 : Kanak-kanak Pelbagai Kecacatan
1. Perkhidmatan kepada kanak-kanak kurang upaya adalah tanggungjawab tiga kementerian iaitu :
- Kementerian Kesihatan
- Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
- Kementerian Pelajaran Malaysia
kanak-kanak perlu diberi pendidikan tanpa mengira kaum, latar belakang sosial ataupun
perkembangan intelek mereka. Ini termasuk keperluan untuk kanak-kanak yang menghidapi
pelbgai kecacatan.
3. Definisi Kanak-kanak pelbagai kecacatan menurut Dibedita (2003), ialah kanak-kanak yang
mempunyai dua atau lebih kecacatan seperti kecacatan mental disertai masalah penglihatan,
pendengaran serta lumpuh.
4. Menurut Edward & Yvonne (2007), pelajar yang mempunyai kecacatan pelbagai mempunyai
kombinasi kecacatan di mana terdapat dua atau lebih kecacatan iaitu seseorang yang menghadapi
kecacatan lebih daripada satu jenis ketidakupayaan misalnya penglihatan dan pada masa yang
sama menghidapi kecacatan pendengaran.
5. Menurut Mohd Sharani Ahmad (2009), kecacatan pada kanak-kanak berlaku akibat baka iaitu
daripada hubungan seksual suami dan isteri. Ketidakseimbangan kromosom yang pertama iaitu
autosomal dominal di mana pewarisan baka ini diwarisi oleh anak.
6. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan pada tahap teruk dan sangat teruk turut menghadapi
pelbagai kecacatan ataupun ketidakupayaan lain, namun begitu terdapat juga yang pintar cerdas
seperti Hellen Keller yang buta dan pekak tetapi menjadi manusia berjaya.
7. Masalah penglihatan dan pendengaran (deafblindness) adalah keadaan di mana seseorang
individu mengalami masalah untuk mendapat maklumat secara visual dan auditori.
8. Penyebab kepada deafblindness boleh dikategorikan kepada dua keadaan iaitu :
- Diperoleh selepas kelahiran : Berlaku akibat penyakit, kecederaan atau faktor umur. Individu menggunakan maklumat dari penglihatan dan pendengaran yang pernah mereka alami. Ada individu yang cacat pendengaran semasa lahir dan kemudian cacat penglihatan kerana glaucoma atau katarak. Begitulah juga sebaliknya.
- Kongenital (sejak dilahirkan) : Dilahirkan dengan kedua-dua kecacatan akibat jangkitan semasa mengandung seperti Rubella, Sindrom Down, pengambilan dadah dan alkohol oleh ibu.
- a) Sindrom : Down, Trisomy 13 dan Usher
- b) Anamoli congenital : CHARGE Association, Fetal alcohol syndrome, Microcephaly
- c) Pramatang : Aids, Rubela, Sifilis, Toxoplsmosis
- d) Penyebab Post natal : Enceplalitis, Meningitis.
- a) Kesukaran dalam berkomunikasi : tidak boleh mendengar dan melihat.
- b) Persepsi yang terhad : kesukaran untuk mengaikkan dan menggambarkan
- c) Jangkaan : kesukaran menjangka kerana tidak terdengar dan tidak terlihat sebarang kiu
- d) Motivasi : motivasi tidak dapat diberikan kerana tidak dapat lihat dan dengar
- e) Pembelajaran berkait : tidak mampu mengaitkan satu perkara dengan yang lain.
- a) Kebolehan membaca dan menulis (literacy)
- b) Bahasa lisan (Oral Language)
- c) Matematik
- a) Kurikulum secara individu dan bermakna
- b) Membuat kurikulum teras yang bermakna
- c) Pendekatan pendidikan kolaborasi (kerjasama)
- d) Penglibatan aktif ahli keluarga.
kecacatan ialah :
- a) Intervensi awal
- b) Penglibatan ahli prfesional
- c) Pendekatan kumpulan
- d) Pengurusan fizikal kelas
- e) Intergrasi antara rakan sebaya
- f) Penyelidikan terhadap kemahiran sosial
- g) Murid-murid pelbagai kecacatan dapat memupuk rasa hormat.
- h) Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
- i) Rancangan keselamatan dalam RPI
- j) Penjagaan yang rapi
1. Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi tinggi dalam
pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan.
2. Program pendidikan khusus untuk kanak-kanak berpotensi :
- a) Sistem Ekspress pada tahun 1962 : SR daripada 6 tahun kepada 5 tahun
- b) Simposium Kebangsaan Mengenai Kanak-kanak Bergeliga : awal tahun 1980-an
- c) Persatuan MENSA ditubuhkan pada tahun 1983 : mengenalpasti individu pintar cerdas.
- d) Program BAKA (Uni. Malaya) pada tahun 1985.
- e) Persatuan Kanak-kanak Bergeliga Malaysia ditubuhkan pada tahun 1987
- f) Seminar Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas 1990 di Fakulti Pendidikan Uni. Malaya.
- g) Ujian PTS untuk murid Tahun 3 bermula pada tahun 1996 : murid Tahun 3 melangkau ke tahun 5 tanpa melalui Tahun 4. (bertahan selama 5 tahun sahaja).
- h) Program PERMATA Pintar : agensi kerajaan, IPT dan NGO . UKM melaksanakan program tersebut dengan membina tiga ujian saringan; Ujian PERMATA Pintar UKM 1, UKM 2, UKM 3.
menyelesaikan masalah yang kompleks, mengembangkan kepakaran dalam bidang yang
berasingan dan untuk merancang, memantau dan menilai sesuatu perkara itu dalam tindakan
reflektif. Manakala berbakat pula merujuk kepada pelajr yang lebih menonjol daripada pelajar-
pelajarsebaya dengannya.
4. Menurut Munirah (2008), kanak-kanak pintar cerdas sebagai satu amanah dan rahmat daripada
Allah yang perlu dikembangkan dan dimanfaatkan. Mereka mempunyai darjah kecerdasan luar
biasa, yang disarankan untuk mengikuti program pendidikan yang khusus. Sistem pendidikan biasa
akan menyebabkan kanak-kanak pintar cerdas tidak dapat mengembangkan bakat dan daya
kepintaran.
5. Renzulli dan Merilyn (2006), mencadangkan bahawa bakat meliputi tiga dimensi iaitu above
avarage ability, task commitment dan creativity.
6. Gardner (1993), berpendapat bahawa kecerdasan tidak menjadi satu dimensi yang dilaporkan oleh
skor ujian semata-mata. Beliau mengemukakan sekurang-kurangnya lapan jenis kecerdasan untuk
kanak-kanak pintar cerdas iaitu:
- kinestetik : kecekapan menginterprestasikan pergerakan anggota atau tubuh untuk berkomunikasi atau menyelesaikan masalah.
- naturalis : kepintaran tentang seluruh alam, prihatin dan penyayang pada alam. Contoh : Steve Irwing
- logik matematik : kecerdasan dalam matematik. Contoh Sofia Yusof.
- muzikal : kepakaran dalam prestasi, komposisi, apresiasi dan menyusun bola muzik, nada dan irama. Contoh Tan Sri P. Ramlee
- verbal linguistik : penguasaan bahasa, kesusasteraan, pertuturan dan bahasa yang kompleks. Contoh Dr. Rais Yatim, Prof. Diraja Ungku Aziz.
- Visual ruang : Memiliki kecerdasan dan peka pada warna, garisan, bentuk, corak dan ruang di sekeliling mereka. Contoh ; Dato. Jimmy Choo
- interpersonal : memahami perasan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Contoh: Datuk Dr. Fadzillah Kamsah.
- intrapersonal : kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam, kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri. Contoh : Datuk Siti Nurhaliza
- persekitaran : Howe et. al (1998), menyatakan bahawa kanak-kanak pintar cerdas hasil daripada bimbingan dan didikan ibu bapa dan guru yang berada di sekelilingnya sejak lahir dan semasa waktu kritikal iaitu zaman pranormal (0-6tahun)
- biologikal : Glynis (2006) menyatakan kepintaran dan bakat seseorang mempunyai komponen genetik. Kecerdasan dalam muzik dan matematik dan ciri-ciri lain dari generasi kepada generasi bermula daripada datuk dan nenek seterusnya pada ibu dan bapa.
atau deal dengan situasi baru. Kecerdasan merujuk kepada kebolehan kognitif individu yang
dipelajari dari pengalaman untuk membolehkannya membuat penyesuaian diri dalam kehidupan
sehari-hari.
- Ujian Kecerdasan Stanford-Binet (Stanford-Binet Intelligence Test) : oleh Alfred Binet, untuk pelajar pintar di Perancis , ujian berdasar mental age dan chronologikal age (umur mental dan umur kecerdasan)
- Ujian Kecerdasan Wechsler (Wechsler Intelligence Scales): oleh David Wechsler ahli psikologi Amerika. Skor berdasarkan perbandingan individu dengan individu-individu yang lain.
- Raven's Progressive Matrices : oleh Dr. John C Raven (1936) yang merupakan ujian yang menawarkan corak atau pecahan; Standard Progressive Matrices, Clored Progressive Matrices dan Advanced Progressive Matrices.
- Ujian PERMATA Pintar UKM : dijalankan oleh UKM untuk ujian IQ saringan 1setara dengan Raven's , saringan 2 setara dengan ujian WISC-IV dan saringan 3setara dengan ujian Stanford Binet.
No comments:
Post a Comment