Monday, 17 December 2012

Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu

  • Semantik merupakan satu bidang semantik yang mempelajari tentang makna.
  • Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi.
  • Odgen dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) memberikan 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya ialah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan dan suatu peristiwa yang diharapkan.
  • Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan daripada pendengar.
  • Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra'in Shaari menyatakan semantik merupakan kajian makna istilah. Berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting".
  • Kajian makna dalam bahasa Melayu menurut penggolongan semantik - adalah cabang linguistik - yang berperanan semata-mata untuk meneliti - makna kata - bagaimana asal mulanya - bagaimana perkembangannya dan apakah sebab-sebab terjadi perubahan makna dalam sejarah bahasa.
  • Rumusan : Kata semantik bidang linguistik yang mempelajari hubungan antara tanda-tanda linguistik dengan hal-hal yang ditandainya. Mempelajari makna atau erti dalam bahasa.

************
  • Makna memainkan peranan penting dalam pemakaian bahasa.
  • a) makna dan simbol
  • b) pemberian makna kepada setiap simbol
  • c) abstrak dan konkrit
  •  
     
  • Ketaksaan bermaksud kata, frasa atau ayat yang tidak pasti maknanya. Ayat yang mempunyai lebih daripada satu makna.
  • Dalam situasi ayat yang taksa, pembaca meneka makna ayat tersebut mengikut kefahaman mereka . Namun, ayat itu memberi makna lain jika konteks ayat ditambah.
  • Ayat taksa yang tidak menyampaikan maksud yang lengkap kepada pendengar ataupun pembaca. Ayat taksa yang tidak menepati nahu yang tepat membuat pembaca keliru.
  • Ayat taksa tidak jelas dan kabur iaitu dari segi logik ayat.
  • Ayat yang betul dan tepat nahunya tetapi jika tidak dibaca dengan intonasi yang betul akan menimbulkan ketaksaan makna. 
  • Ketaksaan yang berlaku pada perkataan akan menyebabkan seluruh ayat mengalami ketaksaan.
  • Percanggahan makna dalam ayat ekoran penggunaan dua kata yang tidak sama erti dan berlawanan maksud menyebabkan ketaksaan. Contoh jemput hadir. kedatangan diwajibkan.
  • Kesimpulan : Sesuatu kekeliruan, kekaburan dan perkara yang tidak jelas yang berlaku pada perkataan, frasa, ayat dan juga wacana sama ada melalui bacaan atau ujaran bolehlah didefinisikan sebagai ketaksaan makna.
  • Jenis ketaksaan makna :
  • a) Kekaburan rujukan : contoh belukar - hutan
  • b)ketidakpastian makna : makna yang tidak jelas, contoh; buku adik
  • c) kurang ketentuan pada makna item : contoh ; jiran
  • d) pertentangan pada penentuan makna item : arahan kurang jelas, pertentangan tafsiran
  • Faktor ketaksaan makna :
  • hubungan makna dengan alam
  • ketaksaan leksikel iaitu homomim dan akibat polesemi.
  • Sesuatu kata mempunyai lebih daripada satu makna dan setiap makna menghasilkan pentafsiran yang berlainan dalam ayat. Contoh; bunga (di taman, anak gadis)
***********
Jenis-jenis makna
  • 1)Makna Denotatif : makna deskriptik dan makna leksikal. Makna yang bersifat objektif, makna sebenar, makna asal, makna mutlak  dan makna dasar.
  • 2)Makna Konotatif : makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun negatif. Ditentukan oleh makna asosiatif dan makna afektif.
  • 3)Makna Konseptual : makna konsep dapat menentukan makna, memahami ujaran atau membuat interpretasi dengan mentakrif, memahami, memutus buah fikiran. Tanpa konsep, kita tidak dapat mewujudkan makna denotatif atau makna sebenar. Bergantung pada konteks ayat atau situasi penggunaannya maka makna konseptual atau makna situasional sering juga disebut makna gramatikal. Contoh : konotasi antara perempuan dan wanita adalah berbeza  tetapi mempunyai makna yang sama.
  •  4)Makna Leksikal : berkenaan perkataan atau perbendaharaan kata dalam sesuatu bahasa; makna sesuatu perkataan itu sendiri iaitu tanpa melihat penggunaannya dalam ayat. Leksikograf ialah penyusun kamus. Leksikologi ialah kajian tentang makna dan penggunaan perkataan.  Leksikon ialah kamus, perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau sesuatu bidang.
  • a) Semantik Leksikal: makna dan referensi, denotasi dan konotasi, analisis ekstensional dan analisis intensional ; analisis komponensial; dan Kesinoniman, keantoniman, kehomomiman dan kehiponiman
  • b)Fonologi leksikal : kata, nada dan maksud
  • c) Kata kerja leksikal : kata kerja perbuatan dan bukan perbuatan
  • 5)Makna Etimologis : kajian tentang asal usul dan perkembangan perkataan. Istilah etimologi daripada Yunani iaitu eumos bermaksud betul atau benar dan logos yang bermaksud ilmu. Bahasa yang diambil daripada bahasa lain atau diubah  disebut etimon. Menurut Ullman, terdapat enam sebab perubahan makna iaitu linguistik, sejarah, sosial, psikologi, pengaruh luar dan keperluan perkataan baru.
  • a) Prinsip Etimologis sebagai usaha menyusun sejarah bentuk dan makna kata. Sejarah formal dan semantik ini harus dikesan sepanjang zaman sehingga mencapai tahap nahu bahasa yang lebih tua dan seandainya kata yang ditelaah itu adalah kata pinjaman sehingga mencapai nahu bahasa sumber pinjaman. Contoh, etimologi merupakan usaha sejarah; kopi dari Arab iaitu qahwah yang dipinjam daripada bahasa Turki iaitu kaveh kemudian kosa kata Eropah iaitu caffe dan akhirnya bahasa Melayu menjadi kopi.
  • 6)Faktor Perubahan Makna : Makna bahasa diperoleh daripada ujaran dan tulisan. Perubahan makna berlaku disebabkan oleh  :
  • a) Faktor perkembangan bahasa itu sendiri; contoh tangan & menangani
  • b) Faktor tanggapan penutur; contoh : abang
  • c) Faktor peluasan maksud; semangat (roh, jiwa - perasaan )
  • d) Faktor pembatasan atau penyempitan maksud; contoh: daging, sarjana, pendeta 
  • e)Faktor tujuan simbolik atau stilistik; contoh : bunga dan kumbang (gadis dan teruna), maksud personifikasi dalam puisi.
  • 7)Makna Afektif : berkaitan dengan perasaan dan emosi bukannya fikiran atau daya fikir.  Istilah sering digunakan secara eksplisit (lontaran suara/intonasi) sama ada afektif yang positif atau negatif. Makna afektif adalah makna yang muncul sebagai akibat reaksi pendengar atau pembaca terhadap penggunaan bahasa akibat reaksi pendengar yang dipengaruhi unsur perasaan atau emosional. Contoh ayat, "bangun, nak" (kasar atau halus).
  • 8)Makna Gramatikal : makna baru yang wujud akibat daripada proses pengimbuhan, pengulangan dan pemajmukan. Contoh; batas, batasan, membatas, perbatasan, terbatas dan lain-lain lagi. Proses gramatikal atau pengimbuhan asli atau pinjaman (awalan, akhiran, apitan dan sisipan) yang berlaku pada kata dasar boleh mengubah golongan kata dan makna.
  • 9)Makna Tematik : disampaikan melalui susunan bunyi , susunan kata, fokus dan juga tekanan. Ayat tersebut dapat dilihat dalam ayat pasif dan ayat aktif. Adik menendang bola. Bola ditendang oleh adik yang mempunyai nilai komunikasi yang berbeza. Contoh; Ali anak doktor Kasim kemalangan semalam. Makna tematik akan difahami setelah dikomunikasikan oleh pembaca atau penulis baik melalui urutan kata-kata, fokus pembicaraan mahupun tekanan suara. Contoh ; Saya sayang awak. @ Saya sayaaaaaang awak!. Makna tidak akan terhasil melalui penulisan kerana penekanan dan fokus dalam ayat tersebut tidak jelas sepertimana ayat yang diujarkan.
  • 10)Makna Gaya : Gaya penulisan atau perkataan yang digunakan oleh penulis dalam karya mereka seperti novel, sajak, cerpen dan sebagainya. Gaya bahasa apabila bercakap, menulis dapat dinilai dari sudut perkataan, ikatan ayatnya, jalan bahasanya atau bentuk peribahasanya. Hal ini berkaitan kemajuan yang dikecapi oleh masyarakat pada hari ini, sifat ketamadunan dan adat resam. Gaya bahasa ini mengenai :
  • a) Bahasa figuratif : perluasan makna bagi sesuatu perkataan sehingga menimbulkan kepelbagaian makna bagi perkataan tersebut. Penulis karya yang kreatif akan membawa pembaca ke dunia baru dengan bahasa figuratif. Contoh metafora ( perbandingan antara dua benda untuk memberi persamaan sifat objek, contoh Aliah jinak-jinak merpati), alusi (rujukan ringkas kepada  orang, tempat atau peristiwa yang terkenal dengan grafik, contoh: syurga di telapak kaki ibu), Simile ( perbandingan bersifat eksplisit iaitu perbandingan secara langsung yang sama dengan benda lain, contoh : seperti, sama, bagaikan, sebagai, laksana dan sama ), Personifikasi ( menggambarkan benda-benda bukan hidup dengan sifat-sifat kemanusiaan seolah-olah hidup seperti manusia, contoh : daun melambai, bukit mengamuk), Ironi ( menyatakan sesuatu dengan maksud yang berlawanan, bukan maksud sebenar tetapi lebih pada sindiran atau penipuan, contoh : Awaklah paling cantik .Hakikatnya tidak cantik. ),Hiperbola (gaya bahasa melebihi maksud perkataan. Perkara yang kecil diperbesarkan., contoh : Matanya merah menyala, menyinga dan sebagainya)
  • b)Bahasa Dialek : variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh kumpulan penutur dalam sesebuah masyarakat. Ragam bahasa dialek berbeza dengan suatu ragam bahasa lain berdasarkan ciri-ciri penyebutannya, kosa kata, tatabahasa dan suasana sosial tertentu. Dialek yang popular ialah dari Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Kedah, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Perak dan Kedah.
  • c)Gaya bahasa berirama : Gaya bahasa puisi yang bertujuan untuk memperindah bahasa dan menimbulkan daya tarikan atau kesan-kesan lain. Antara bahasa berirama yang boleh diaplikasikan pengarang ialah pantun, syair, sajak, pepatah atau bidalan serta bait-bait lagu. Karya klasik menggunakan bahasa berirama seperti prosa-prosa berbentuk hikayat, cerita-cerita panji.
  • d)Ekspresi pengarang : Gaya penulisan seseorang membuktikan karyanya asli, memperlihatkan identiti diri dan tidak dan diketahui penulisannya dipengaruhi oleh pengarang lain atau tidak. Gaya penulisan sama ada lebih baik, menarik atau sebaliknya membosankan. Pengaruh gaya penulis lain dapat membuka minda dan ruang lingkup pemikiran seseorang penulis. Peniruan juga merupakan proses pembelajaran untuk menulis bagi mencari identiti sendiri.
  • 11)Makna Asosiatif : makna yang sama dengan lambang atau perlambangan digunakan untuk menyatakan konsep lain yang mempunyai kemiripan dengan sifat, keadaan atau ciri yang ada konsep asal kata tersebut. (Contoh: putih berasosiasi dengan sesuatu yang suci dan kesucian. )
  • 12)Makna Stilistik : makna dalam sebuah kata yang menunjukkan lingkungan sosial penggunaannya. ( Contoh : naik : bergerak ke atas, mendaki, menumpang, bertambah, kembang )Makna stilistik lebih banyak ditampilkan dalam gaya bahasa iaitu penilaian bahawa penuturnya berbudi bahasa atau tidak.
  • 13)Makna kolokatif : Makna yang berhubungan dengan kata-kata tertentu dan hanya merangkumi kata-kata yang bersesuaian dengannya. (Contoh : cantik dan tampan bermaksud indah. Walau bagaimanapun tampan tidak dapat berkolokasi dengan kata gadis.)
  • 14) Makna kata : Makna kata adalah makna dasar sesebuah kata berhubung dengan makna sesuatu perkataan apabila berada dalam sesuatu konteks ayat. ( Contoh : makan; memasukkan sesuatu ke dalam mulut, makan hati : tersinggung atau tersentuh )
  • 15) Makna istilah : mempunyai makna yang pasti , jelas dan tidak meragukan meskipun tidak berada dalam konteks ayat. Istilah hanya digunakan pada bidang ilmu atau kegiatan tertentu. (Contoh : lengan dan tangan ; dalam bidang kedoktoran mempunyai makna yang berbeza.)
  • 16)Makna Idiom : satuan bahasa (kata, frasa, kalimat) yang maknanya tidak dapat diramalkan dari makna leksikal dan makna gramatikal dalam pembentukannya. Terdiri daripada dua bentuk iaitu idiom penuh( idiom yang secara keseluruhannya merupakan satu kesatuan dengan makna) dan idiom sebahagian (masih ada unsur yang memiliki makna leksikalnya sendiri tetapi terdapat kekeliruan terhadap penggunaan idiom, ungkapan dan metafora).
  • 17)Makna Peribahasa : suatu kiasan/bahasa/bunga bahasa dalam kata-kata yang menggunakan kalimat/kelompok kata untuk menggambarkan sesuatu maksud yang tertentu. Maksudnya berlainan daripada makna asalnya. Tujuannya adalah sebagai kiasan, teladan dan pengajaran untuk menghiasi karangan dan percakapan.
  • 18)Makna kontekstual : berkaitan dengan atau menurut konteks. Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim & Mohd Ra'in Shaari,(2009), makna kontekstual sebagai makna sebuah leksem atau kata yang berada di dalam sesuatu konteks. Makna konteks boleh berkenaan dengan situasi iaitu tempat, waktu dan lingkungan penggunaan bahasa itu. (Contoh : Kepala : rambut di kepala, sebagai kepala sekolah, kepala surat)
  • 19)Makna Referensial : perkataan yang mempunyai referen atau acuannya. Perkataan yang termasuk dalam kategori kata penuh tergolong sebagai perkataan yang mempunyai makna referensial. (Contoh : makan, cerdik, kasut dan lain-lain).

************************
 
  • Peribahasa ialah satu bayangan falsafah dan pemikiran bangsa yang memperkaya khazanah bangsa. Selain itu, peribahasa memancarkan pandangan hidup, nilai, sikap, cara berfikir dan kepekaan akal budi yang tinggi bagi masyarakat pengguna bahasa itu. 
  • Peribahasa mencerminkan ketajaman renungan dan pemikiran nenek moyang membandingkan realiti kehidupan dengan segala gerak laku manusia dan alam sekeliling  sebagai pedoman kepada masyarakat.
  • Peribahasa sebagai petua, nasihat atau petunjuk sebagai tatatertib pergaulan, tatasusila dalam pergaulan dan hubungan sesama manusia sebelum kewujudan  undang-undang. Peribahasa digunakan sebagai komunikasi yang mengajar kita untuk berkomunikasi secara lembut dan berbudi bahasa.
  • Peribahasa mempunyai pengertian tertentu dan digunakan oleh masyarakat dahulu untuk menyampaikan sesuatu maksud tersirat secara halus sebagai kiasan, sindiran dan teguran bagi menyembunyikan kata-kata kesat atau kasar. Susunan pada peribahasa adalah tetap dan tidak boleh ditukar (ayat pasif menjadi ayat aktif)
  • Cabang peribahasa ada banyak pendapat.
  • a) Rubiah Aksah (2005) menyatakan ada lima cabang iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, serta kata-kata hikmah.
  • b) Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1993) ada empat cabang iaitu simpulan bahasa, pepatah, perumpamaan dan bidalan.
  • c) Za'ba :terbahagi kepada dua iaitu 1. peribahasa; pepatah, perbilangan, bidalan, perumpamaan, lidah pendeta. 2. kiasan ; kiasan, ibarat dan tamsil (persamaan sebagai umpama (misal), misalan, contoh.
  • Perumpamaan : susunan kata dalam sesuatu ayat yang memberi makna khas berlainan daripada apa yang diucapkan atau ditulis dalam ayat itu atau yang membandingakn sesuatu dengan benda lain. Setiap kata dalam perumpamaan adalah diumpamakan dengan sikap dan perangai manusia atau corak hidup masyarakat.
  • Perumpamaan menggunakan kata bandingan seperti macam, umpama, bak, laksana dan seperti, bagai, ibarat.
  • Kata bandingan dalam perumpamaan di hadapan ayat. Contoh ; Laksana golok kayu, ditetak tak makan dijual tak laku, Bagai burung  dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung, Umpama membungkus api.
  • Kata bandingan dalam perumpamaan di tengah-tengah ayat. Contoh ; Pantas seperti lipas kudung, Pekak macam badak.
  • Perumpamaan yang tidak menggunakan kata penunjuk ini biasanya berkaitan dengan pelbagai perkara seperti persaudaraan, hati dan pendirian, usaha dan sebagainya. Contohnya; bersaksi ke lutut, potong hidung rosak muka, getah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh,
  • Pepatah berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang dan peraturan masyarakat. Bersifat sangat ringkas, berkerat-kerat atau berpatah-patah dan mementingkan ketepatan perkataan yang mengandungi unsur pengajaran.
  • Nilai-nilai murni dalam pepatah untuk menyatukan anggota sesebuah masyarakat, membentuk tamadun, gambaran tentang sikap dan nilai anggota masyarakat, pendidikan, membentuk keperibadian agar lebih bijaksana dan penyayang.
  • Bidalan adalah kata-kata yang sering kali disebut dan diucapkan yang mengandungi nasihat, peringatan, bimbingan, teladan, dan sebagainya. Hampir menyerupai pepatah tetapi terdapat perbezaan di  mana bidalan lebih kerap digunakan dalam kehidupan seharian kerana mempunyai perbandingan dan teladan tertentu yang boleh dijadikan sebagai pedoman hidup.
  • Bidalan menggunakan perkataan-perkataan seperti, hendaklah, jangan, lebih baik, biar, harus, usah dan ini yang membezakannya dengan perumpamaan. (contoh; jangan pijak terpijak, biar bodoh bersuluh, jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit, baik bawa resmi padi, jangan bawa resmi lalang.
  • Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan daripada makna asal. 
  • Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah yang membawa maksud yang tepat dan padat.
  • Menurut Za'ba, simpulan bahasa  terhasil daripada:
  • a) perbandingan atau kiasan cerita masyhur. (Contoh; Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang)
  • b) benda atau kejadian yang berlaku di sekeliling (Contoh ; mandi kerbau, kutu embun)
  • c) kepercayaan orang ramai. (Contoh; harimau berantai, buruk siku)
  • d) kebiasaan atau resaman bahasa. (Contoh; ada hati, gila bahasa, beri muka)
  • Ciri-ciri simpulan bahasa terbentuk daripada;
  • a) penggunaan kata nama ( anak buah, buah tangan, lipas kudung)
  • b) penggunaan kata kerja ( ajak-ajak ayam, buat bodoh, pasang telinga.
  • c) kata adjektif ( besar kepala, bodoh sepat, kecil hati)
  • d) kata nama khas ( Abu Jahal, Mat Jenin, Pak Kaduk)
  • e) nilai kepercayaan (air pinang,  batu buyung dan makan bulan)
  • f) berkaitan dengan tubuh badan; (gigi air, mata keranjang, telinga kuali, lidah bercabang)
  • g) berkaitan dengan haiwan (saudara anjing, akal kancil, biawak hidup)
  • h) berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan ( durian runtuh, diam ubi, tangkai jering)
  • i) lain-lain kategori ; ( cincin tanda, jadi abu, serkap jarang, kurang ajar)
*****************
 
     
  • Semantik : kajian makna
  • Pragmatik : menghuraikan makna berdasarkan konteks.
  • Sintaksis : pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan) tentang susunan kata dalam ayat.
  • Sinonim :sama erti/makna
  • Antonim : berlawanan
  • Hiponim : kata yang terangkum dalam makna kata yang lain [ Binatang (Hiponim/Superordinat) : Lembu, kambing, ayam, itik (Hipernem/subordinet) ]. Terdiri daripada 2 jenis iaitu hiponim tulen dan hiponim umum.
  • Polisem : mempunyai lebih daripada satu makna yang bertalian rapat antara satu sama lain. [hulu sungai : hulu parang , pangkal lidah : pangkal pokok]
  • Homomim : mempunyai kesamaan bunyi dan ejaan tetapi berbeza makna. [kata banyak makna seperti gugur, bunga, dingin]
  • Homograf : mempunyai kesamaan ejaan dengan perkataan lain tetapi berbeza makna [ semak, rendang, perang ]
  • Homofon : perkataan yang sama bunyi dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya
  • Leksikografi : kajian tentang makna dan penggunaan perkataan. Kamus ekabahasa, dwibahasa dan aneka bahasa.
  • morfem : satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi tertentu; Contoh 'Perumahan ' ;'rumah' : morfem bebas manakala 'per-' dan '-an' morfem terikat.
  • fonem : unit bunyi yang terkecil yang boleh membezakan makna kata.
  • fonetik : ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.
  • wacana : kesatuan ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan, pertukaran idea dalam bentuk tulisan atau lisan.
  • Lakuan bahasa : ketika berkomunikasi, setiap pertuturan mempunyai makna yang tersirat [ pernyataan, amaran, perintah, menanya soalan, membuat janji, ugutan ]
 
 

 

5 comments:

  1. Assalamualaikum...akak saya minta izin copy nota ni yer untuk ulangkaji.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. t.kasih...saya ambil bhn saudari untuk ruj assigment...

    ReplyDelete
  3. terima kasih. banyak membantu utk rujukan assignment

    ReplyDelete
  4. mohon guna untuk rujukan .tima kasih ye

    ReplyDelete
  5. minta izin nak guna bahan saudari

    ReplyDelete