Friday 7 December 2012

Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak Unit 6-12 (Modul UPSI-PJJ)

Unit 6 - Seni dan Perkembangan Kanak-kanak

1. Bagi meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak, guru wajar menyediakan peralatan melukis
   dengan lengkap. Cara ini dapat merangsang imgaginasi, kreativiti dan gembira untuk
   meluahkan emosi.

2. Perkembangan estetika boleh diamati menerusi aktiviti kreatif seperti visual, emosi, jiwa dan
    pemikiran mereka.

3. Guru perlu berbual dan bertanya kanak-kanak semasa aktiviti seni kerana melalui pergerakan
    badan, guru dapat memahami maksud di sebalik pergerakan dan perlakuan yang ditunjukkan.
    Pergerakan badan menjadi refleksi pada perkembangan estetika kanak-kanak.

4. Komunikasi lisan dan bukan lisan memberi isyarat visual yang menggambarkan emosi dalaman
    kanak-kanak.

5. Pada umur 6 tahun,   gerak geri menunjukkan elemen psikologi. Contohnya apabila sedih, mereka
    menundukkan muka manakala jika berfikir, mereka menongkat dagu. Perlakuan ini dilakukan
    secara spontan.

6.  Perkembangan artistik kanak-kanak berlaku mengikut transisi perkembangan iaitu daripada
     contengan hingga perwakilan sebenar. Perkembangan artistik berlaku tanpa mengira
     sosioekonomi keluarga.

7. Teori Perkembangan Artistik ( Hurwitz dan Day) terbahagi kepada 3 peringkat iaitu :
    i)   Peringkat manipulatif dan zaman awal kanak-kanak (2-4 tahun) : Pergerakan tangan kurang
          kawalan maka mereka akan menconteng apa sahaja seperti dinding, lantai atau meja dengan
          mengguna pelbagai medium. Lukisan tidak realistik : a)contengan garisan tidak terkawal, b)
          contengan garisan terkawal c) contengan rupa.
    ii) Peringkat membuat simbol ( 6-9 tahun) : Terpengaruh dengan keadaan sekeliling mereka.
   iii) Peringkat praremaja (10-13 tahun) : Mula melukis figura dalam saiz sebenar atau saiz yang
         betul.

8. Seni dalam perkembangan kanak-kanak:
    i)   Perkembangan persepsi : melukis mengikut kefahaman bukan apa yang mereka lihat. Lukisan
          mereka ditafsir mengikut dunia mereka sendiri
    ii)  Perkembangan fizikal : Koordinasi mata, tangan, kawalan motor halus, perkembangan otot
          kecil, kemahiran tangan, contengan dan melukis bentuk.
   iii) Perkembangan emosi : Melukis peristiwa yang dilalui setiap hari, objek yang disukai atau
         individu yang disayangi. Kemudian diperelokkan dengan penggunaan warna, saiz, bentuk dan
         garis yang akan menambah emosi kepada lukisan mereka.
   iv) Perkembangan kognitif : Melukis berdasarkan apa yang mereka tahu melalui pengalaman
         mereka, daya ingatan, imej dan konsep lukisan. Perkembangan kognitif dapat dilihat menerusi
         contengan tidak terkawal, contengan terkawal dan contengan bermakna.
    v) Perkembangan umum : Bersifat menyeluruh dengan menggabungkan pengalaman sosial,
         budaya, personaliti dan persekitaran. Perkembangan ini merupakan proses sehingga mereka
         berjaya menghasilkan gambar.

Unit 7 : Pengajaran Seni Lukis Kanak-kanak

1. Seni lukis melibatkan skema atau skemata dalam perkembangan seni kanak-kanak terutama
    lukisan.

2. Kanak-kanak menggunakan semua deria apabila belajar dan menunjukkan ekspresi seni. Kanak-
    kanak meningkatkan sensitiviti terhadap dunia fizikal untuk memberi makna dan meluahkan
    emosi.

3. Kanak-kanak berfikir secara simbolik untuk menggambarkan bentuk seni yang unik. Hasil seni
    menggambarkan konsep diri kanak-kanak pada perkembangan personaliti mereka. Seterusnya
   dapat membentuk peribadi yang baik dan proses penghasilan lukisan dimanfaatkan.

4. Proses penghasilan lukisan dapat menggabung jalinkan emosi, sosial dan nilai estetika.

5. Proses estetika dan daya kreativiti boleh dibahagikan kepada empat iaitu :
    i)    proses penajaman daya intuisi
   ii)    persepsi
   iii)   imaginasi
   iv)   konsepsi

6. Peringkat Skemata (Chapman 1978) merangkumi :
    i)    peringkat manipulatif 
    ii)   peringkat membuat simbol
    iii)  peringkat praremaja
           (Unit 6,no.7 : Teori Perkembangan Artistik ( Hurwitz dan Day))

7. Gardner (1980) mencadangkan orang dewasa menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk
    melakukan aktiviti seni tanpa sekatan supaya kanak-kanak meluahkan apa yang mereka rasai dan  
    mempunyai cerita sendiri menerusi lukisan.

8. Garisan merupakan satu tanda jelas yang dibuat menggunakan peralatan lukisan di atas satu
    permukaan.
    
9. Garisan boleh digunakan dalam pelbagai cara mengikut kreativiti masing-masing kerana garisan
    mempunyai dimensi tersendiri termasuk saiz (besar dan kecil), arah (kanan dan kiri), ukuran
    (panjang dan pendek), ketebalan, ketinggian dan berat.

10. Unsur seni lukis dalam lukisan kanak-kanak meliputi garisan, warna, bentuk, jisim atau isipadu,
      rekaan atau gubahan, imaginasi dan konsepsi.

11. Proses melukis : i) menconteng bagi meluah perasaan secara spontan, ii) mula melakar, iii)
      melukis secara bersistematik iv) berjinak-jinak untuk mendapat kesan ton, jalinan, pencahayaan,
      ruang, perspektif dan komposisi dengan menggunakan media kering (bukan warna basah)

12. Tiga teknik melukis iaitu
      i)    teknik pensel : teknik gosokan dan teknik garisan selari.
      ii)   teknik pensel warna : teknik garisan kontur dan teknik garisan menyilang tidak menentu.
     iii)  teknik oil pastel : teknik campuran

13. Warna boleh dikategorikan kepada empat peringkat iaitu:
      i)   Warna asas : Warna premari (Biru, Kuning dan Merah )
     ii)   Warna sekunder : campuran dua warna asas dalam kuantiti yang sama. (Hijau, Jingga, Ungu)
    iii)  Warna tertier : campuran warna asas dan warna sekunder
     iv)  Warna neutral : hitam dan putih

14. Catan merupakan proses penghasilan seni menggunakan bahan berwarna atau cat yang disapu ke
      atas seusatu permukaan yang rata seperti di atas kertas, kanvas dan kadbod.

Unit 8 : Pengajaran kraftangan kanak-kanak

1. Kraf mudah membantu perkembangan motor kasar dan motor halus yang menggalakkan
    penggunaan dan kawalan otot secara berkesan seperti menggunting dan menggunakan tanah liat.

2. Kraf mudah memberi peluang kepada kanak-kanak mengaplikasikan teknik menggambar,
    membuat corak dan rekaan serta bentuk binaan.

3. Aktiviti menggambar untuk kanak-kanak ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis,
    gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek.

4. Aktiviti membuat corak dan rekaan untuk kanak-kanak ialah ikatan dan celupan, tiupan, titisan,
    renjisan, percikan, lukisan, catan, cetakan, capan, resis, kolaj, pualaman, lipatan dan guntingan.

5. Aktiviti membentuk binaan ialah topeng, boneka, origami, mobail, stabail, model dan diorama.

6. Kraf mudah 2 Dimensi atau 2D adalah bentuk kraf yang mempunyai panjang dan lebar seperti
    kolaj, topeng dan kad ucapan.
    i)  Kolaj : Dibuat dengan perca kain, kertas warna, bahan-bahan alam seperti rempah ratus, daun
        dan ranting. Tampalan disusun dan ditindih pada permukaan. Aktiviti ini melibatkan pemilihan
        bahan, menggunting, menyusun dn menampal.
   ii) Topeng : Dibuat dengan menggunakan kertas manila, gunting, gelung getah, pensel dan warna.   
        Dua jenis topeng iaitu topeng penuh atau topeng separuh (contoh zorro) berdasarkan wajah
        manusia, flora dan fauna.
  iii) Kad ucapan : Menggunakan teknik corak dan rekaan yang melibatkan guntingan dan tampalan.
        Kemahiran bahasa dalam kad ucapan untuk menggalakkan murid menghargai orang yang
        tersayang seperti perayaan, hari lahir, hari ibu, hari bapa, hari guru dan sebagainya.
        Kitaran membuat kad ucapan :
        a) Guru mengaitkan peristiwa seperti perayaan dan hari lahir
        b) Guru menunjukkan cara meghasilkan kad ucapan
        c) Sediakan peralatan dan bahan.
        d) Lipat kertas kepada dua bahagian
        e) Buat ukuran kad di atas kertas keras
        f) Lukis atau buat corak mengikut kreativiti
        g) Buat sampul surat

7. Kraf mudah 3 Dimensi atau 3D adalah bentuk kraf yang mempunyai panjang, lebar dan tinggi
    seperti boneka dan mobail.
    i)  Boneka :  Bahan-bahan yang diperlukan ialah sarung tangan, stoking, kertas, kelongsong telur,
        bekas kertas, bekas minuman, kotak, blok kayu, tin susu dan sebagainya. Aktiviti boneka
        mempertingkatkan daya pemikiran, kreativiti, bahasa, kemahiran intrapersonal dan kemahiran
        interpersonal kanak-kanak.
   ii) Mobail : hasil kerja seperti lipatan, lukisan dan objek yang senang digantung pada
        imbangan yang sesuai  seperti penggantung baju, kayu, pembaris dan sebagainya.
        Kitaran membuat mobail :
        a) Bercerita satu tajuk atau tema
        b) Minta kanak-kanak menamakan watak/isi penting
        c) Tunjukcara membuat lipatan /origami
        d) Ikat selembar benang pada lipatan
        e) Sediakan bahan penggantung
        f) Gantung lipatan/origami pada kayu penggantung
        g) Gantung mobail yang sudah siap
  iii) Model : Satu bentuk yang digubah daripada kotak dan bahan buangan lain untuk membuat
        sesuatu objek konkrit.Teknik yang digunakan adalah acuan, menampal, mewarna yang disusun
        mengikut imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Contoh : model kereta, rumah dan lain-lain lagi.

Unit 9 : Pengajaran Muzik, Lagu dan Nyanyian serta Pantun dan Sajak Kanak-kanak

1. Konsep pic, irama dan lirik dipraktikkan oleh kanak-kanak dalam aktiviti nyanyian.

2. Tod dan Heffeman 1997 membahagikan pengalaman muzik  mengikut peringkat :
    i) 0 - 1 bulan : Memberi reaksi pergerakan seluruh badan apabila mendengar muzik.
   ii) 1- 4 bulan : Menoleh kepala dan mata mengikut muzik. Menerima bunyi dan nyanyian dengan
                            tenang.
  iii) 4 - 8 bulan : Tertarik dengan pukulan gendang.
  iv) 8 -12 bulan : Bunyi tepukan tangan, gendang, zilofon dan alat perkusi meningkatkan
                              pengalaman muzik bayi.
  v) 12-18 bulan : Membuat eksperimen dengan memukul alatan muzik dengan cara berbeza.
 vi) 18-24 bulan :Menyambung dan meniru pergerakan orang dewasa. Mendengar radio dan
                            membuat pergerakan mengiringi muzik.
 v) 2 tahun        : Menikmati dan belajar lagu mudah dalam masa yang singkat.
vi) 3 tahun        : Suka melompat semasa mendengar muzik. Boleh mendengar arahan.
vii) 4 tahun       : Mematuhi peraturan semasa aktiviti muzik. Boleh mencipta lagu mengikut muzik.
viii) 5-6 tahun  : Kawalan motor semakin baik. Dapat bermain alat perkusi. Mengekspresi muzik dan
                            pergerakan mengikut pola irama dan melodi lagu.
  ix) 7-8 tahun : Boleh membaca dan menulis simbol muzik. Menikmati pengalaman dalam muzik
                           dan boleh membaca perkataan dalam lirik lagu.
   x) 9-11 tahun : Membaca lirik lagu yang lengkap dan mula mencipta lirik lagu. Menikmati muzik
                            dalam kumpulan. Memahami elemen muzik  seperti ton, harmoni dan melodi lagu.
                            Menikmati budaya yang pelbagai dalam aktiviti muzik dan gerakan.
 
3. Jenis-jenis lagu dan nyanyian kanak-kanak merangkumi  :
    i) permainan jari   : fokus pada pergerakan jari dan diiringi dengan nyanyian. Contoh :  Labah-
                                    labah, Apa khabar jari.
   ii) lagu permainan : menyanyi sambil bermain dan mengingati lagu dengan melakukan aksi.
                                     Contoh lagu ialah Enjit-enjit semut dan Nenek si Bongkok Tiga.
  iii) Lagu beraksi     :  Lagu yang diikuti dengan pergerakan atau aksi mengikut lirik lagu yang
                                    dinyanyikan. Contoh lagu, Tanya sama pokok dan Pak Mamat.
 iv) Lagu rakyat        : Wujud dalam masyarakat sejak dahulu lagi dan tidak diketahui sumber dan
                                    penciptanya. Contoh, Lagu Anak Itik Tok Wi dan Anak Ayam.
 v) Lagu nasihat       : Mempunyai unsur-unsur peringatan dan pedoman yang boleh dijadikan
                                   panduan hidup kanak-kanak. Contoh lagu, Bangun pagi dan Rajin Adik Rajin.
vi) Lagu serantau     : Menggunakan bahasa dialek atau loghat bahasa asal sesuatu tempat yang
                                   memperkenalkan budaya, kaum atau lokasi sesebuah negara. Contoh Wau
                                   bulan dan Ke Ren lai

4. Pantun kanak-kanak juga boleh dinyanyikan dalam bentuk lagu merangkumi pantun 2 kerat,
    pantun 4 kerat dan pantun 6 kerat. Pantun mudah dicipta dan dideklamasi secara spontan.

5. Sajak kanak-kanak mempunyai keharmonian, baris-baris ayat yang membangunkan rangkap tetapi
    bilangan baris ayat pada tiap  rangkap tidak tetap (bebas daripada peraturan).

6. Muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun dapat mempertingkatkan kemahiran muzikal
    ( menyanyi melodi mudah, menyanyi lagu dengan iringan muzik dan menyanyi mengikut tempo )
    dan juga kreativiti ( berimaginasi, kreatif dan ekspresif, serta nilai estetika )kanak-kanak.

7. Pengajaran lagu atau pantun atau sajak boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah seperti
     i) kaedah pengajaran lagu atau pantun atau sajak fasa demi fasa.
    ii) kaedah pengajaran lagu atau pantun atau sajak lengkap
   iii) kaedah pengajaran lagu atau pantun atau sajak daripada rakaman.

Unit 10 : Pengajaran Tarian dan Pergerakan Kreatif Kanak-kanak

1. Pengajaran tarian dan pergerakan kreatif kanak-kanak dapat mempertingkatkan kemahiran
    kinestetik dan kreativiti kanak-kanak.

2. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bergerak
    mengikut rentak dan irama muzik. Aktiviti tersebut mewujudkan bentuk pengalaman yang
    kreatif  kepada kanak-kanak dan melatih mereka untuk menilai estetika gerak dalam persembahan
    tarian dan pergerakan kreatif.

3. Tarian merupakan gerakan yang berirama. Kanak-kanak melakukan gerakan, apresiasi seni gerak
    dan ekspresi perasaan.

4. Pergerakan kreatif  ialah gabungan gerak geri kreatif menerusi imaginasi dan kreativiti kanak-
    kanak.

5. Pergerakan psikomotor  dapat membantu kanak-kanak memahami struktur dan fungsi anggota
    badan, kemampuan, menyelesaikan masalah dan ekspresi perasaan semasa membuat
    gerakan.

6. Jenis-jenis tarian pelbagai budaya di Malaysia ialah :
    a) Kuda Kepang : menunjukkan perjuangan dan peperangan. Menggunakan props kuda kepang dan
        alat-alat muziknya ialah gendang, gong dan angklong. Terkenal di Johor dengan mendapat
        pengaruh Jawa dan Islam.
   b) Zapin :berasaskan gerak geri kaki penari. Berasal dari Timur Tengah (kesenian Arab-Parsi).
       Bermula daripada amalan zikir untuk menyebarkan sejarah tamadun Islam. Terkenal di Johor.
   c) Joget : Tertumpu pada tangan dan kaki penari. Dipengaruhi kebudayaan Portugis dan ditari
       secara beramai-ramai di pesta. Contoh lagu joget ialah Serampang Laut dan Joget 106.
   d) Tarian Singa : tarian adat warisan masyarakat Cina yang meniru pergerakan singa dengan
        kostum singa. Perlu ada keberanian dan penataan gerak tarian yang tepat. Alat-alat muzik yang
        mengiringi ialah gendang lagu cina dan simbal.
   e) Tarian Naga : pergerakan yang berbelok-belok dan beralun-alun. Penari-penari memegang
        sebatang kayu sebagai tiang untuk menghidupkan naga. Alat muzik ialah gendang lagu cina dan
        simbal.
   f)  Tarian Bharata Natyam : Gerakan pada kepala, tangan dan kaki. Rentak tarian dikenali sebagai
        Jatis dan muzik mengikut rentak Shollukatus. Ditarikan oleh penari wanita secara solo dari
        negeri Tamil Nadu di Selatan India.
   g) Tarian Bhangra : Pergerakan kepala dan tangan untuk meraikan penglibatan dan kejayaan.
        Berasal dari Punjab, India dari suku kaum Sikh. Kostum berwarna terang dan berseri-seri.
   h) Tarian Ngajat : ditarikan kaum Iban ketika menyambut Hari Gawai. Penari melompat dengan
        iringan lagu bersesuaian dengan situasi menuai. Alat muzik yang digunakan ialah gendang,
        gong, bebendai, tawa, kengkurumong dan sapeh.
   i)  Tarian Sumazau : Gerak geri tarian adalah perlahan dan lemah lembut dengan tangan penari   
        kepakkan keluar seperti burung terbang. Ditarikan oleh rakyat Sabat suku kaum Kadazandusun
        semasa majlis jamuan dan keramaian. Alat muzik ialah gong dan gendang.
   j)  Tarian buluh : Sepasang buluh panjang dipegang mendatar pada paras buku lali. Penari-penari
        akan mengetuk kedua-dua buluh mengikut rentak manakala penari yang lain menari sambil
        melompat antara kedua-dua buluh tanpa tersepit. Tarian tradisi kaum Kwijau dari Keningau
        Sabah.
  k)  Tarian orang asli : menggambarkan amalan seharian seperti berkebun, mencari hasil laut dan
        upacara yang berkait rapat dengan kepercayaan kerohanian. Alat muzik ialah gendang daripada
        kulit haiwan dan tiupan daripada daun atau buluh.

7. Pergerakan Kreatif Kanak-kanak menggabungkan elemen-elemen pergerakan iaitu :
 a) Elemen Tubuh Badan : merangkumi bahagian luaran tubuh seperti kepala, bahu, kaki dan
     tangan. Contoh pusing kepala, turun naik bahu, berjalan dan melambai tangan. Penggunaan tubuh
     badan melatih kanak-kanak menjelajah ruang persembahan secara kreatif.
 b) Elemen Ruang : merangkumi ruang am, ruang diri, aras dan arah. Ruang am ialah ruang
     pentas, padang atau bilik. Ruang diri ialah pergerakan kreatif merujuk kepada ruang yang
     digunakan. Ruang aras merangkumi rendah, sederhana dan tinggi. Ruang arah pula merangkumi
     ke depan, ke belakang, ke sisi, ke bawah dan ke atas. Justeru, dapt melatih imaginasi dan kreativiti
     kanak-kanak terhadap elemen ruang dalam pergerakan dan mencipta gambaran mental dan
     mengamati dunia visual.
 c) Elemen Masa : merangkumi tempo, rentak, pola beritma, aksen dan jangkamasa. Tempo
     merujuk pada kelajuan muzik iaitu cepat atau perlahan. Rentak merujuk pada ukuran masa. Pola
     beritma  merujuk pada suatu pergerakan atau bunyi dalam jangka masa yang berubah, aksen
     merujuk pada suatu pergerakan yang lebih kuat daripada pergerakan sebelum atau selepas.
     Jangkamasa merujuk pada pendek atau panjang setiap rentak pergerakan.
d)  Elemen Daya : merangkumi pergerakan perkusif(bertenaga kuat), pendular(berayun), staccato
     (terputus-putus), bergetar(menggigil), meruntuh(lemah dan tidak bertenaga), dan kawal lambat
     (dikekalkan dalam tempo panjang).

8. Rangsangan dalam aktiviti pergerakan kreatif kanak-kanak ialah :
a) Muzik : memberi mood dan emosi gembira, sedih, marah dan takut
b) Props : memahami hubungan objek, ruang dan diri sendiri. Contohnya; reben, bola dan gelung.

9. Kaedah merancang aktiviti tarian dan pergerakan kreatif kanak-kanak ialah :
a) Kaedah latihan profesional : menjemput jurulatih, membuat demonstrasi, latihan, pratonton dan
    persembahan.
b) Kaedah menonton persembahan : menonton persembahan di panggung, perbincangan, improvisasi
    gerakan, analisis gerakan, latihan penuh, pratonton, persembahan.
c) Kaedah tayangan video : memilih jenis tarian atau pergerakan, menyatakan tujuan tayangan,
    penyoalan secara umum, penyoalan tentang video, kanak-kanak meniru gerakan, memberi pujian
    kepada kanak-kanak, kanak-kanak menyatakan perasaan, guru membuat rumusan.

Unit 11 : Pengajaran Drama Kanak-kanak

1. Drama menceritakan kehidupan yang dilakonkan berdasarkan pengalaman kanak-kanak
    melibatkan dialog, gerakan dan pemikiran yang menyeluruh. Drama adalah  untuk perkembangan
    imaginasi dan kreativiti serta menunjukkan ekspresi kanak-kanak.

2. Interaksi menerusi aktiviti drama dapat meningkatkan kemahiran sosial dan emosi.

3. Jenis-jenis drama ialah :
    a) Drama kreatif : berbentuk permainan dan berlaku secara spontan untuk menggalakkan
        perkembangan imaginasi, krreativiti dan konsep kendiri kanak-kanak.
    b) Drama dalam pendidikan merangkumi
        i) impovisasi : secara spontan berdasarkan situasi,alatan, kostum, gambar dan watak.  Contoh,
            gambar polis dan murid melakukan aksi polis
       ii)  pantomin : seorang atau kumpulan membaca skrip lakonan manakala seorang atau
            kumpulan lain berlakon berdasarkan skrip lakonan yang dibaca.
      iii) memos : lakonan bisu yang disampaikan melalui mimik muka dan pergerakan anggota badan
            yang dapat melatih kanak-kanak memahami dan menaakul pergerakan anggota badan.
            Contoh, menggosok gigi.
      iv)  main peranan : guru mereka situasi manakala murid-murid melakonkan situasi itu. Contoh,
            ahli bomba datang untuk memadam kebakaran dan menyelamatkan mangsa.
       v)  simulasi : mewujudkan situasi secara bertulis atau lisan. Kanak-kanak kenalpasti masalah,
            peranan watak dan tempoh masa. Contoh, melakonkan watak guru dan murid yang bergaduh.
      vi) boneka : menyediakan boneka dan skrip. Skrip daripada cerita baru atau buku. Boleh
           dikendalikan atas pentas atau tanpa pentas.
     vii) teater membaca : Teknik teater dan membaca digabungkan iaitu nada dan intonasi
            berdasarkan cerita yang dibaca.
    viii) teater bercerita : Menggabungkan teknik teater dan bercerita.

4. Kepentingan pengajaran drama kanak-kanak adalah  untuk :
    a) Kemahiran berfikir : Membina kebolehan kanak-kanak dalam pemikiran dan kefahaman.
        Kanak-kanak menjelajahi dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah. Mengambil risiko
        dan mencuba sesuatu.
    b) Mempertingkatkan Kreativiti : Memberi fokus kepada sifat kreatif dan ekspresif yang
        memerlukan mereka berfikir dalam menghayati watak, melihat sesuatu dalam cara yang berbeza
        dan mencari kepuasan.
    c) Meningkatkan imaginasi kanak-kanak : Kanak-kanak berimaginasi dalam minda bawah sedar
        dan sukar dibuktikan secara logik.

5. Kaedah merancang aktiviti pengajaran drama :
    a) Kaedah demostrasi : menentukan jenis drama, menyatakan tujuan, melaksanakan, bersoal-jawab
        tentang drama, minta kanak-kanak mengulangi aksi drama, memberi pujian, kanak-kanak
        menyatakan pandangan, guru membuat rumusan.
    b) Kaedah tayangan video : menentukan drama, menyatakan tujuan, menayangkan video, bersoal-
        jawab, minta kanak-kanak mengulangi aksi video, memberi pujian, kanak-kanak menyatakan
        pandangan, guru membuat rumusan.
    c) Kaedah penyelesaian masalah : mereka satu situasi, bersoal-jawab tentang  situasi, minta kanak
       -kanak berlakon berdasarkan situasi, memberi pujian, kanak-kanak menyatakan pandangan, Guru
        membuat rumusan.

Unit 12 - Penilaian Dalam Seni

1. Penilaian Seni adalah untuk mengenal pasti perkembangan kreativiti dan artistik kanak-kanak.
    Guru sebagai pemerhati, perekod dan penilai yang merangkumi pemerhatian, hasil kerja seni dan
    penceritaan.

2.. Prosedur-prosedur dalam penilaian ialah :
    a) pemerhatian
    b) merekod pemerhatian
    c) merekod perkembangan
    d)menyimpan rekod dan hasil seni
    e) mengumpul dan menyemak hasil seni dalam portfolio
    penglibatan dan kemajuan kanak-kanak dalam aktiviti seni.

3.  Kepentingan penilaian seni ialah :
    a) Memahami dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak. Proses seni adalah lebih
        penting daripada produk akhir. Contohnya, untuk mengenal perkembangan artistik ialah
        pemerhatian semasa menjalankan aktiviti melukis. Untuk mengenal perkembangan ekspresi
        kreatif ialah semasa membuat binaan dengan menggunakan plastisin.
    b) Mencatatkan kekuatan dan kelemahan kanak-kanak : Dicatat, direkod dan dirakam. Setelah
         mengumpul data pemerhatian, guru membuat laporan.
    c) Mengambil tindakan dan membantu kanak-kanak : Guru akan mengambil tindakan untuk
        membantu kanak-kanak dalam perkembangan kreativiti dan artistik. Guru menyediakan manual
        melukis dan tayangan video persembahan muzik, lagu, drama, nyanyian, tarian dan pergerakan
        kreatif.

4. Peranan guru dalam proses penilaian:
    a) Sebagai pemerhati
    b) Sebagai perekod
    c) Sebagai penilai
   
5. Merancang aktiviti penilaian :
    a) Peringkat perancangan : menentukan objektif dan menentukan prosedur penilaian.
    b) Peringkat pelaksanaan : Merakam apa yang dicakap oleh kanak-kanak termasuk isyarat
        nonverbal seperti ekspresi wajah, postur badan dan pergerakan. Guru perlu mengelak memberi
        komen.
    c) Peringkat penilaian : Dalam catatan perlu ada tarikh, masa dan peristiwa aktiviti seni.
    d) Peringkat dokumentasi : mengumpul, menjaga dan menyemak kembali portfolio yang
        disertakan dengan tarikh dan urutan hasil kerja seni tersebut.

6. Melaksanakan aktiviti penilaian seni kanak-kanak :
    a) Rekod anekdot : Rekod ringkas mengenai peristiwa atau tingkah laku kanak-kanak. Rekod ini
        mengandungi catatan tentang sesuatu peristiwa, masa dan tempat semasa pemerhatian
        dilaksanakan.
    b) Senarai semak : Senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan kemahiran
         kanak-kanak. Digunakan untuk memerhati perkembangan kemahiran, sikap dan nilai kanak-
         kanak.
    c) Skala kadar : Mengenal pasti darjah pencapaian kanak-kanak dalam suatu aktiviti. digunakan
         untuk menilai dan merekod kemahiran dan tingkah laku kanak-kanak.
    d) Carta penyertaan : Merekod pencapaian dan penglibatan sekumpulan kanak-kanak dalam
        sesuatu aktiviti pada yang sama
   


2 comments:

  1. Salam. Nota ringkas KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak, Modul UPSI-PJJ (2011). Sebagai persediaan untuk peperiksaan pada 4 Januari 2013 iaitu pada hari lahirku yang ke-49 tahun. Walaupun dah senja tapi masih bersemangat untuk buat yang terbaik. Semoga berjaya. Amin..

    ReplyDelete
  2. tak pa kak, walau dah sampai waktu senja, yang penting tetap bersemangat meneruskan hasrat dan cita-cita. betul tak?

    ReplyDelete