Saturday 22 December 2012

Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Unit 5 : Pertubuhan Bahasa dan Persuratan Melayu

  • Pejabat Karang Mengarang (PKM) : ditubuhkan di MPSI pada tahun 1924 bagi menggantikan penterjemah di sana. Tujuan menerbitkan buku-buku bacaan umum dan perpustakaan besar.
  • Za'ba menjadi ketua pengarang dan penterjemah kanan
  • R.O. Windstedt dan O.T. Dussek menjadi penasihat dibiayai oleh Kerajaan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
  • Penerbitan : Buku-buku sekolah; Malay School Series, buku bacaan sekolah, buku teks dan buku umum. 
  • Penterjemahan : Sang Lamri, Cerita Sherlock Holmes. Za'ba : Cerita-cerita suka Shakespeare, Cerita-cerita duka Shakespeare.
  • Peraduan Mengarang cerita  pada awal 1950.
  • Dibubarkan pada tahun 1957 dan diambil alih oleh Balai Pustaka 1956.
************
  • Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB) : ditubuhkan di Johor Bahru 1888 dan pengasas pertubuhan ialah Dato' Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi.
  • Matlamat : memelihara, memperlengkap dan memodenkan bahasa Melayu serta memelihara tulisan Jawi.
  • Peranan : Peredar atau jurnal enam bulan sekali, menubuhkan perpustakaan, penyebaran ilmu pengetahuan, perjumpaan untuk membincangkan isu-isu bahasa, ceramah, kegiatan bahasa, penghasilan buku, tentang sejarah, riwayat perjalanan, dan kamus.
************
  • Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) : ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 selepas tamat Perang Dunia Kedua. Ahli-ahli ASAS 50 ialah golongan pemuda kelas bawahan yang mempunyai cita-cita dan idealisme. Antaranya ialah Jymy Asmara, Mohd Arif Ahmad Rosmera (MAS), Asraf, Masuri SN, Kamaluddin Muhammad (Keris Mas), Usman Awang (Tongkat Warrant), A. Samad Said, A. Samad Ismail.
  • ASAS 50 : penggerak utama dan menghimpunkan lebih 20 persatuan bahasa dan budaya dari Singapura dan Tanah Melayu. Kongres ini telah berjaya menjadikan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi.
  • 11 Jun 1956, ASAS 50 menghantar memorandum untuk memastikan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan di Tanah Melayu selama sepuluh tahun.
  • Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga di Johor Bahru dan Singapura (1956), penyatuan bahasa Melayu Malaya dan Indonesia. Peranan bahasa Melayu di sekolah untuk kepentingan ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik.
  • Perjuangan politik melalui parti politik dan melalui pertubuhan yang bersifat bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan.
  • Sumbangan ASAS 50 :karya kreatif seperti novel, cerpen, sajak, kritikan sastera, mengadakan ceramah awam dan radio.
  • Karya penulis ASAS 50 disiarkan di dalam majalah : Mutiara, Kencana, Utusan Zaman, Hiburan dan Mastika.
  • Kegiatan ASAS 50 masih wujud tetapi terbatas di Singapura sahaja.
**************
  • Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) : Ditubuhkan pada 23 Oktober 1970 (NGO) yang bergiat aktif dalam usaha memartabatkan bahasa dan sastera Melayu.
  • Bermula apabila PENA bersama dengan 13 persatuan penulis bertemu DBP untuk menyatukan semua persatuan penulis. Sehingga kini terdapat 22 persatuan dari seluruh Malaysia.
  • Antara peranan GAPENA ialah :
  • a) menyatupadukan penulis-penulis tanah air yang menulis dalam bahasa kebangsaan.
  • b) mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak dan kepentingan-kepentingan penulis.
  • c) memberikan sumbangan moral dan material secara kolektif kepada tujuan dan cita-cita gabungan.
  • d) mengusahakan peluang untuk penulis memajukan bakat mereka.
  • e) menyatupadukan semua rakyat negara ini menerusi bahasa rasmi yang tunggal ialah bahasa Melayu.
  • f)mencari, mendapatkan dan mengendalikan harta alih dan harta tidak alih.
  • g) berusaha memajukan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.
***************
  • Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu : perhimpunan penulis, peminat sastera, pencinta bahasa dan budaya serta para cendekiawan Melayu. ( Sehingga hari ini telah diadakan tujuh kali kongres iaitu 3 kali sebelum merdeka dan selebihnya...)
  • Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 1 : 12 dan 13 April 1952 di Hotel Sea View Singapuran.
  • Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 2 : 1-2 Januari 1954 di KGV Seremban
  • Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 3 : 16 - 21 September 1954 di Singapura dan Johor Bahru.
  • Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 4 : 7-10 Disember 1984 di Dewan DBP untuk menilai prestasi pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan.
  • Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 5 : 2-3 Mei 1998 di DBP : melafazkan "sumpah bahasa"
  • Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 6 : 5 September 2002 di Dewan Tun Abdul Razak , Tanjung Malim, Isu yang dibincangkan ialah mengekalkan Bahasa Melayu bagi mata pelajaran Matematik dan Sains. Kaedah berkesan untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris.
  • Kongres Bahasa  dan Persuratan Melayu 7 : 6-8 November 2006 di DBP.  Isu tentang kebudayaan, bahasa, sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Bahasa Malaysia.
**************
  • Dewan BAhasa dan Pustaka :ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru yang ketika itu dikenali sebagai BAlai Pustaka.
  • 1959 : DBP dinaiktaraf menjadi Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 dan diberi kuasa otonomi untuk menggubal dasar, menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera, serta menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku.
  • Tokoh-tokoh yang memimpin DBP ialah : Prof. Diraja Ungku Aziz (1956-1957)
  • Tujuan penubuhan DBP ialah :
  • a) Memartabat bahasa Melayu termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta bahasa Kebangsaan 163/67
  • b) Melaksanakan peraturan atau garis panduan.
  • c) Pengembangan bahasa Melayu 'Cintai Bahasa Kita'
  • d) Program Gerakan Bahasa Kebangsaan
  • e) Mengendalikan kursus, ceramah, taklimat di sektor awam dan swasta.
  • f) Perancangan korpus
  • g) Kerjasama dengan MBIM dan MABBIM bagi memantapkan sistem ejaan baru.
  • h) Penyusunan kamus : ekabahasa, dwibahasa, ensiklopedia, pembinaan bakat pengarang, sastera dll
  • i) Pembentukan istilah oleh JKI bagi pelbagai bidang ilmu dan disiplin terutama dalam bidang teknikal, laras undang-undang dan sains.
  • j) Revolusi TMK : Portal KaryaNet
  • k) Media penyiaran : Siaran Citra DBP di radio
  • l) Mendenda yang mencemar bahasa - RM1000/
***********
  • Majlis Bahasa Brunei- Indonesia - Malaysia (MABBIM) : bermula pada Disember 1972 dikenali dengan Majlis Bahasa Indonesia Malaysi (MBIM) kemudian disertai oleh Brunei pada tahun 1979 dan secara rasmi 1984. Perkembangan bahasa, sastera dan budaya di rantau ini.
  • Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dilancarkan pada tahun 21 Ogos 2001 termasuk negara luar seperti dari Universiti Melbourne, Universiti Texax dna universiti Moscow dan lain-lain lagi.
************

Unit 6 : Sumbangan Tokoh-tokoh Bahasa dan Persuratan Melayu

  • Tokoh-tokoh Bahasa Melayu zaman pramoden ialah :
  • a) Ibrahim bin Syukri (1838M) tentang kerajaan Patani berjudul Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Ada pengaruh Arab dan bahasa Melayu klasik (hatta dan syahdan)
  • b) Sheikh Daud Abdullah (1838M), buku terjemahan daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu iaitu Fur u'al-m asa'il. Banyak perkataan Arab dan perbendaharaan bahasa Melayu.
  • c) Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (1796 - 1854M) dilahirkan di Kampung Masjid Melaka tetapi menghabiskan masa di Singapura kerana mengajar bahasa Melayu kepada Sir Stamford Raffles, Paderi Thomson, Milne, Keasberry dan Crawford. Karyanya Syair Singapura Terbakar, Kisah Pelayaran Abdullah, Hikayat Abdullah, Kisah Pelayaran Abdullah ke Jeddah, Dewa Ul-Khulub, Majalah Bustan Arifin. Selain itu, terjemahan karya dalam bahasa Hindi dan Inggeris. Beliau turut memperbaiki Sejarah Melayu dan Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu dalam Segala Negeri. Tulisannya lebih jelas, tepat dan tajam dan menggunakan bahasa biasa. Beliau perintis pada perubahan besar kepada kesusasteraan Melayu Moden.
  • d) Raja Ali Haji (1809-1870) , mempunyai pendidikan Arab dan hidup dalam kalangan istana di Pulau Penyengat. Mengekalkan unsur bahasa Melayu klasik. Karyanya merangkumi agama, bahasa, sastera, politik, filasafat, hukum,sejarah dan undang-undang. Antaranya ialah Bustanul-Katibin (Kitab Perkebunan Jurutulis), Kitab Pengetahuan Bahasa, Kitab Salasilah Melayu dan Bugis, Tuhfatul Nafis (sejarah kepulauan Riau-Lingga, Siak, Kalimantan Barat, Sulawesi Selatan dan Betawi), Syair dan Pantun dan Gurindam 12 (tentang persoalan ibadah, perseorangn, kewajipan raja, kewajipan anak kepada orang tua, tugas orang tua pada anak dan sifat bermasyarakat)..
  • e) Pengiran Muhammad Salleh merupakan cendekiawan Brunei mencipta syair iaitu Syair Rakis mengisahkan perjalanan pulang ke Brunei dari Mekah. Syair Rakis lebih tersusun dan pengaruh bahasa Arab tidak begitu ketara.  Bahasa mudah difahami dan tidak mengelirukan.
  • f) Muhammad Ibrahim Munshi  melanjutkan cita-cita ayahnya iaitu menyusun nahu bahasa Melayu, menghasilkan karya Kitab Pemimpin Johor, menubuhkan satu organisasi iaitu Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa pada tahun 1888 (menterjemah istilah atau perkataan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Kemudian, ditukar menjadi Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku Di-Raja dengan dipimpin oleh Dato' Abdul Rahman bin Andak.
  • g)Syed Mahmud bin Syed Abdul Kadir al-Hindi menghasilkan buku ilmu pengetahuan dan ilmu bahasa. Alang Ahmad karya terjemahan dari bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Munshi Sulaiman pula ke arah kumpulan bidalan dan teka teki.
  • h) Munshi Muhammad Said pengarang pertama akhbar Jawi Peranakan, iaitu akhbar Melayu pertama diterbitkan di Tanah Melayu pada tahun 1876.
***********
  • Sumbangan tokoh-tokoh Acheh : Sheikh Nuruddin Al-Raniri; Sirat Al-Mustaqim (Kitab fiqah terawal), Bustan Al-Salatin, Jawahir Al-Ulum, Lata'ifal Asrar Syifa' dll. Shamsudin Al-Sumaterani ; Syarah Rah'l Hamzah Fansuri, Tanbihut-Tidlah dan Anwarud-Daqiq. Abdul Rauf Singkel; Kitab Tafsir Al-Quran Al-Baidawi. Hamzah Fansuri; Gurindam dua belas, Syair Perahu.
  • Sumbangan Johor-Riau : Sultan Abu Bakar Johor (1862-1895); Hukum Kanun Johor yang mengandungi 66 fasal yang dipraktikkan dari Sultan Mahmud hingga Sultan Sulaiman. Di dalamnya terdapat undang-undang jenayah (membunuh mencuri dll), undang-undang mengenai tanaman, dan binatan ternakan. Karya mengisahkan sejarah Johor selepas kejatuhan Melaka. Antaranya ialah Hikayat Negeri Johor, Sejarah Peringatan Negeri Johor, Salasilah Melayu dan Bugis, Syair Perang Johor. Pegawai-pegawai Pentadbir Johor; Dato' Sri Amar Diraja Abdul Rahman bin Andak dengan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa : Hasil karya yang diterbitkan ialah Hikayat Queen Victoria (1904), Hikayat Johor (1908), Matahari Memancar (1906). Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor; dinaungi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Peranannya ialah menghasilkan buku, pembentukan istilah, terjemahan dan majlis ceramah serta perbincangan bahasa. 
  • Sumbangan tokoh barat : Peranan Hendrick Kern dan Vorn Heine-Geldem membuat penyiasatan tentang asal-usul bahasa di Kepulauan Melayu. Antara teori ialah kapak-kapak kuno, beliung segi panjang di Sg Hoang Ho, Yangtze, Mekong, Brahmaputra dll. Peranan Portugis di Melaka semasa penjajahan, memerangi Islam,  merompak kekayaan Timur, bahasa pemerintah, bahasa perantaraan, perdagangan dan pentadbiran adalah sumber perkembangan bahasa Melayu. Pigafetta ketua kelasi bangsa Itali dalam pelayaran Magellan (Sepayol) telah ke Tidore iaitu salah sebuah Pulau Maluku. Beliau mempelajari bahasa perdagangan dan menyusun daftar kata Melayu-Itali iaitu kamus pertama Itali yang diberi nama Vocaboli De Quedti Popoli MoriTerdapat 400 patah kata daftar Melayu-Itali ini.
*************
  • a) Zainal Abidin Ahmad (Za'ba) : Lahir pada tahun 1895 di Bukit Kg Kerdas,  Jempol Kuala Pilah. Menerima pendidikan formal dan keagamanaa di Sekolah Melayu Linggi, kemudian di Institusi St. Paul dan merupakan orang Melayu pertama lulus cemerlang Senior Cambridge Examination. Menjadi guru sekolah di Johor Bahru, kemudian ke MCKK, UPSI dll.
  • b) Asmah Haji Omar : dilahirkan di Jitra pada 5 Mac 1940. Sumbangannya dalam bidang kesarjanaan ilmu linguistik di Malaysia. Menghasilkan 45 buah buku akademik berkenaan ilmu linguistik yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Malaya dan Akademi Pengajian Melayu UM.
  • c) Nik Safiah Karim : dilahirkan pada 17 Disember 1939 di Kg Banggol, Kota Bharu, Kelantan. Prof. Emeritus adalah anugerah dari Universiti Malaya serta anugerah Pingat Emas Tun Fatimah yang disampaikan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Aishah pada 2002. Seorang tokoh dan cendekiawan ytang aktif memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu.  Pengasas Persatuan Linguistik Malaysia . Terlibat dengan pergerakan wanita untuk pendidikan terutama di kawasan pedalaman. Mendapat Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah - Avon dalam bidang pendidikan sebagai Ibu Ilmuan pada 1995. Banyak menyumbang penulisan dan penyertaan dalam persidangan sama ada mengenai isu wanita mahupun bahasa.
************
  • Peranan Golongan Wartawan dan Media Massa : Pertumbuhan dan penyebaran bahasa melalui media cetak dan elektronik. Dapat membantu usaha pemantapan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Dapat mengekalkan kesatuan masyarakat pelbagai kaum melalui rancangan yang disiar dan diterbitkan. Menapis rancangan yang melibatkan aspek akhlak, politik dan agama termasuk sari kata dan alih suara program luar. Program kerajaan diberi liputan meluas supaya sampai terus kepada masyarakat. Kerjasama dengan kerajaan dalam pengayaan khazanah ilmu dan persuratan Melayu melalui penerbitan karya bermutu tinggi. Program bahasa seperti program K3P, PLKN dan latihan jabatan kerajaan dan swasta dengan menggunakan modul bahasa, penulisan dan persuratan. Peraduan menulis pantun seperti Radio Klasik FM dan sebagainya menyumbang ke arah penyebaran bahasa Melayu. 
***********

Unit 7 : Asas Kebudayaan Kebangsaan

  • Pola pelbagai kebudayaan di rantau ini adalah petunjuk bahawa tidak wujud pengaruh yang dominan  yang meninggalkan satu bentuk kebudayaan yang seragam.
  • Rui de Brito-Portugis (1541) ; mencatatkan masyarakat Brunei masih tidak mempunyai anutan agama.
  • Pertukaran agama masyarakat Melayu "frame of reference" iaitu menitikberatkan bukti-bukti pergolakan politik, ekonomi dan kesenian.
  • Apakah unsur Hindu- Buddha dikatakan berkait dengan kebudayaan Melayu.Saranan tersebut mengabaikan hakikat bahawa bahasa, kesusasteraan, anutan agama, pandangan dunia, pemikiran dan intelektual menjadi paksi utama mencorak jati diri dan kebudayaan di Malaysia.
  • Bukan unsur-unsur penting membangunkan kebudayaan Melayu sebaliknya lebih pada unsur-unsur yang marginal, serpihan dan penentu.
  • Kebudayaan Melayu berteraskan agama Islam berpusat di kawasan Selat Melaka telah mencorak kebudayaan di rantau ini.
  • Agama Islam menjadi simbol kekuatan politik, membantu mengukuhkan status quo golongan pemerintah, merubah sistem termasuk agama dalam kebudayaan Melayu.
  • Catatan I-Tsing (abad 7), tidak ada bukti menunjukkan masyarakat ini menganut agama Hindu dan Buddha melainkan kepercayaan purba animisme dan Islam.
  • Kebudayaan luar yang bertembung dengan kebudayaan Melayu ialah Jawa (abad ke-14), Siam (abad ke-13, pengaruh Buddha dari Sri Lanka), barat (selepas abad ke-16)
********************
  • Adat sebagai aturan dan cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Perbuatan yang dilakukan adalah setiap hari ataupun bermusim berpandukan bulan dan tahun.
  • Antara adat-adat tersebut ialah adat bercukur dan adat bersanding.
  • Adat minangkabau, tradisi lisan bukan sahaja bersanding, menyantap makanan, cara pertabalan luak tetapi melibatkan undang-undang adat, mahkamah adat, ketua adat dan sebagainya.
  • Tiga pengaruh pembinaan adat Melayu ialah adat Hindu Buddha, zaman Hindu/Buddha dan Islam dan adat berteraskan Islam.
  • Adat Melayu dipengaruhi Hindu Buddha diperoleh daripada kitab Ramayana dan Mahabrata. Contoh upacara persandingan, majlis perkahwinan, pemujaan Raja, pertabalan dan adat istiadat Melayu
  • Adat Melayu dipengaruhi Hindu Buddha Islam . Contoh; adat mandi safar, puja kampung, puja pantai dan sebagainya yang bertentangan dengan Islam dan adalah khurafat.
  • Adat Melayu dipengaruhi Islam. Contoh; ketika seseorang dilahirkan, remaja, dewasa, adat dalam kehidupan seharian dan semasa meninggal dunia. Antaranya ialah azan dan iqamat, solat jenazah, adat membelah mulut.
  • Masyarakat Cina mengamalkan adat dan warisan dari negara China.Contoh; perkahwinan, kematian dan petua (Feng Shui). Dipengaruhi unsur Buddha menyebabkan pelbagai acara dan pantang larang yang berorientasikan adat. Antaranya nasab keluarga lelaki, perkahwinan (merisik, pendaftaran, majlis keraian di restoran mewah), kelahiran anak mengikut adat dan pantang larang (bedung, hari ke-29, rambut anak dicukur dan dibungkus dengan  kain merah. Selepas 100 hari akan dibuang ke sungai.), SEtelah sebulan dilahirkan upacara bulan penuh diraikan dengan meriah, kematian ibu bapa adalah upacara amat berharga dan mahal (mandi, kafan, memberi makan, masukkan mayat dalam keranda, adat pembakaran colok. Selain itu, upacara-upacara lain semasa Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei (adat ulang tahun kematian), adat puja kampung, adat mencuci kubur, sembahyang hajat dan menjamu keramat.
  • Masyarakat India mengamalkan adari dari negara India. Contoh; perkahwinan (tilikan daripada ketua agama untuk memilih masa sesuai, keserasian pasangan, masa berkahwin untuk mengelakkan perkara buruk), kelahiran bayi (16 hari pertama tidak boleh melakukan sebarang upacara agama, selepas hari ke-16 upacara menamakan anak mengikut almanak Hindu -bintang dan kelahirannya), sembahyang tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari dan petang. Terdapat 21 jenis perayaan antaranya ialah Deepavali, Thaipusam, Thaiponggal dan lain-lain lagi.
*************
  • Masyarakat Malaysia membina identiti  mengikut aspek atau sistem iaitu:
  • a) Kekeluargaan dan perkahwinan - susun galur keturunan, sistem sosial - tradisi dan moden.
  • b) Kepimpinan dan politik - kedudukan pemimpin
  • c) Agama dan kepercayaan - simbol/lambang seperti masjid
  • d) Ekonomi - demografi (perkembangan penduduk: lahir/kahwin/mati), kegiatan cari makan, budaya kerja. penempatan kampung -bandar.
  • e) Simbol status/kelas sosial. Kekayaan, kekuasaan, pakaian dan makanan.
  • Isabella Bird ( The Golden Chersonese, Oxford University Press) : pengembara Inggeris menceritakan tentang orang Melayu Perak pada abad ke-19. Tinggal di kampung - bertani - rumah bertiang dari kayu bumbung berdaun nipah yang disirat dan curam, tangga kayu bagi orang miskin dan tangga batu bagi orang kaya - di sekeliling rumah tanam pokok buah-buahanbela monyet untuk memetik kelapa - sifat fizikal orang Melayu - cara berpakaian - percaya pada hantu, pocong, bomoh, pelesit, polong dan penanggal.
  • F. Swettenham (The Real Malay) : untuk memahami orang Melayu, seseorang perlu tinggal di kalangan mereka, menghormati agama dan kepercayaan mereka, meminati kecenderungan mereka, perlu bersifat toleransi, jangan memandang serong atau prejudis, bersimpati, membantu kesusahan, berkongsi keseronokan. Beliau mentafsirkan orang Melayu melalui sifat fizikal - lemah lembut, curiga dengan orang luar - berani - bertanggungjawab - boros - suka meminjam -  petah (pandai berkias, menyindir, berjenaka) - kuat gosip - tidak menepati masa - perancangan tidak teratur - rumah kotor  dan tidak tersusun -  semangat kesukuan - taksub pada raja - tidak hipokrit - balas dendam.
  • Hugh Clifford (The People of the East -Coast) : memberi pandangan yang berbeza tentang orang Melayu mengikut negeri-negeri. Bidalan tentang mereka ; kecek anak Melaka; bual anak Minangkabau; tipu anak Rembau ; bidaan anak Terengganu; penakut anak Singapura; pencelok anak Kelantan; dan sombong anak Pahang. Beliau membuat perbandingan orang Melayu di Pahang, Terengganu dan Pahang.
*****************
  • Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971): cara hidup manusia melalui proses penghayatan yang berkesan dalam bentuk perhubungan, pernyataan fikiran, perasaan dan perbuatan, pernyataan sikap, nilai-nilai yang diyakini dan diamalkan untuk kesejahteraan masyarakat majmuk yang bersatu padu.
  • DKK merupakan garis panduan identiti negara berteraskan tiga prinsip yang ditetapkan kerajaan iaitu :
  • a) Berteraskan kebudayaan rakyat asal serantau. - Rantau ini pusat perkembangan dan warisan kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman - Melaka  (lingua franca)
  • b) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima - Bertepatan dengan rakyat pelbagai kaum asal tidak bercanggah dengan perlembagaan, Rukun Negara, agama Islam dan asas-asas moral.
  • c) Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.- berakhlak dan berperibadi mulia - sebagai agama rasmi negara.
  • Objektif DKK ialah :
  • a) mengukuh perpaduan bangsa dan negara
  • b) memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
  • c) memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
Unit 8 : Konsep dan Teori Kebudayaan
  • Budaya : mengikut orang ramai meliputi hal-hal kesenian. Mengikut antropologi adalah satu jalinan yang kompleks.
  • Edward B. Taylor : Kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks mengandungi ilmu, pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lain-lain.
  • A.L. Kroebler dan Clyde Kluckhohn) : pola-pola tingkah laku eksplisit dan implisit yang diperolehi dan disampaikan melalui simbol-simbol...
  • Malinowski : A Scientific Theory of Culture : satu keseluruhan cara hidup manusia, kebudayaan meliputi hasil-hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan(artifak) dan bukan kebendaan(kepercayaan, adat resam, undang-undang dsb).
***************
  • Sulatus Salatin (Sejarah Melayu) sebagai rujukan dalam mengkaji perihal suasana kehidupan masyarakat Melayu pada abad ke-14 dan ke-15. Pendapat inidisokong oleh Zainal Abidin Wahid.
  • Sarjana tempatan sahajas yang layak menulis tentang sejarah Malaysia bukan sarjana kolonial yang enthosentrisme (kebudayaan sendiri lebih unggul dan tinggi nilainya daripada kebudayaan lain).
  • Tiga akar tunjang sejarah budaya dan tamadun bangsa Melayu ialah bahasa Melayu, budaya Melayu dan agama Islam yang menjadi model.
  • Budaya Hinduisme dan Islam datang secara aman dan bukan melalui paksaan atau peperangan. Namun tetap boleh bertapak dan melalui proses transformasi budaya, tamadun dan pemikiran yang revolusiner.
  • Portugis yang menjajah hampir 100 tahun tetapi gagal untuk mempengaruhi orang Melayu menerima budaya Portugis, bahasa Portugis dan agama Kristian. 
  • Tidak wujud keseragaman budaya di rantau ini. Terdapat enam corak budaya dan ideologi (anutan agama) iaitu :
  • i) Thailand : Buddha Threraveda
  • ii) Bali : Buddha Barahman
  • iii) Borneo dan Nias : paganisme dan animisme
  • iv) Jawa Tengah : anutan agama secara sinkritistik (menggabungkan unsur-unsur kepercayaan asli, purba, Hindu, Buddha, Islam dan Kristian)
  • v) Selat Melaka : Agama Islam
  • vi) Utara Filipina : Kristian
  • Interpretasi terhadap konotasi 'Melayu' sama ada dalam bentuk katan nama mahu pun kata sifat seperti Orang Melayu, Kebudayaan Melayu, Bahasa Melayu, Undang-undang Melayu adalah berkait rapat dengan agama Islam.
*****************
  • Perubahan berlaku dari masa ke masa kerana budaya itu dinamis. Terjadi dalam jangka masa lama dan adakala berbentuk reformasi atau revolusi.
  • Perubahan budaya berlaku secara asimilasi(pelbagai kebudayaan menjadi satu) dan akulturasi (penyerapan budaya kepada budaya lain). 
  • Inovasi ialah proses perubahan budaya yang besar tetapi terjadi dalam jangka masa yang tidak begitu lama. Penemuan baru disebarkan, diterima, dipelajari dan akhirnya menjadi kebiasaan.
  • Dalam antropologi, difusi budaya ialah proses penyebaran dan peresapan unsur-unsur budaya daripada satu masyarakat kepada satu masyarakat yang lain. Contoh daripada kedatangan pengembara, pedagang, pelaut, peperangan, penaklukan dan lain-lain.Difusi budaya boleh berlaku secara sukarela dan tanpa disedari yang akhirnya berlaku asimilasi.
  • Proses akulturasi apabila budaya tempatan bertembung dengan budaya asing dan berlaku proses penerimaan budaya asing sesuai dengan kehendak tempatan tanpa menghilangkan identiti budaya sendiri.
  • Unsur budaya yang sukar diganti ialah yang sudah meluas dalam masyarakat dan diamalkan secara turun temurun seperti kekerabatan, makanan (sosialisasi), agama dan kepercayaan serta ritual.
  • Individu moden, maju dan progresif mudah menerima unsur-unsur budaya asing terutama golongan muda berbanding golongan tua yang kuat berpegang pada tradisi.
  • Krisis perubahan budaya berlaku antara :
  • i) tua dan muda
  • ii)berpelajaran dan kurang berpelajaran
  • iii) nasionalisme dan liberalisme
  • iv) maju/moden dan kolot
  • v) urban dan kampung


2 comments: